Sebelum kita masuk ke sesebuah restoran, pasti ramai akan semak dahulu status restoran tersebut barulah buat keputusan untuk makan atau tidak.

Terbaharu, Ceddy telah berkongsi luahan perasaan di Twitter miliknya yang berasa ‘terganggu’ apabila sering dihujani soalan sama ada restoran dikunjunginya itu halal atau tidak. Bagi anda yang tidak mengenali Ceddy, dia sering tampil dengan video ‘review’ kafe-kafe di TikTok dan berbahasa Melayu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Sedar penonton kontennya banyak yang Muslim, disebabkan itu dia meletakkan ‘remarks’ status restoran dikunjungi di setiap videonya. Akan tetapi, masih ada lagi penonton kontennya itu yang bertanya soalan status berkaitan restoran dikunjunginya. Oleh itu, Ceddy memberikan nasihat agar mereka mencari maklumat dengan bertanya kedai itu sendiri kerana dia bukanlah ‘pegawai JAKIM’.

Luahan perasaan Ceddy itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan seharusnya penonton konten Ceddy boleh membuat ‘research’ sendiri. Ini kerana, dalam setiap video dimuat naik oleh Ceddy akan dinyatakan sama ada halal atau tidak halal atau sekadar ‘free pork’.

https://twitter.com/theamazingkeeya/status/1464035267363307521

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa kini maklumat berada di hujung jari dan orang ramai boleh cari maklumat di Google. Ada juga netizen mengatakan menjadi tanggungjawab sendiri untuk mencari tahu kerana Ceddy hanya ‘review’ tempat makan yang dia pergi dan Ceddy bukanlah Muslim untuk ‘check’ status halal sesebuah restoran itu.

Akan tetapi, ada juga netizen yang menghentam Ceddy dan mengatakan bahawa seharusnya Ceddy bertanggungjawab kongsi semua maklumat berkaitan kerana menghasilkan konten sedemikian dan menjana pendapatan daripada kontennya itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Akui Diuji Tuhan, Ini Respon El Azman Selepas Didakwa Buang Nama Isteri Daripada Syarikat

Ini Respon Yusry A. Halim Isu Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Dengan 1 Juta Pengikut