Sebelum ini dilaporkan seorang pendaki Malaysia hampir maut sebelum seorang pemandu arah sherpa Nepal membuat keputusan untuk menurunkannya dari puncak Gunung Everest dalam misi menyelamat.
Difahamkan, Gelje Sherpa terlihat mangsa berpaut pada tali dan turut menggigil kesejukan di ‘zon maut’ di mana suhu pada ketika itu berada di bawah -30 darjah Celsius.
Baca Juga:
- Sherpa Nepal Selamatkan Pendaki Malaysia Dari Zon Maut Gunung Everest
- Hidup Dengan Sampah Selama 20 Tahun, Mak Cik Alami ‘Hoarding Disorder’ Halang Orang Ramai Bersihkan Rumah
Terbaharu, T Ravichandran telah menzahirkan penghargaan kepada pasukan penyelamat tanpa menyebutkan individu lain yang turut terlibat.
https://www.instagram.com/p/CtA9hu3PJYD/
“Saya masih hidup pada hari ini kerana mempunyai rakan kongsi ‘The 14th Peaks Expedition Co dan ‘Global Rescue’ yang terbaik dan berdedikasi.” katanya.
Akan tetapi, hantaran tersebut telah membangkitkan amarah netizen apabila dia dipercayai tidak memberi kredit terhadap sherpa yang menyelamatkan ketika ekspedisi pendakian di Gunung Everest baru-baru ini.
Rata-rata netizen memberikan teguran kepada Ravi kerana seperti lupa daratan dengan tidak memberikan penghargaan kepada orang yang telah membantunya di ambang maut.
Bukan itu sahaja, para netizen turut memarahinya kerana dia telah menyekat sherpa tersebut di media sosialnya. Menerima kecaman hebat netizen Malaysia, Ravi telah memuat naik gambar serta kapsyen yang memberikan kredit kepada sherpa tersebut tetapi masih belum meredakan kemarahan netizen.