Kad kredit banyak kebaikannya tetapi boleh menjadi punca kejatuhan seseorang apabila tidak mampu bayar dan sebagainya. Oleh itu, anda perlu berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan kad kredit.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @kaytieyou telah memuat naik sebuah gambar tangkap layar dengan hantaran mahu meminta bantuan orang ramai terutama sekali pemilik akaun ‘dark side’ untuk melunaskan hutang kad kredit.
Baca Juga:
- Jadi Mangsa Godam Kad Kredit, Seorang Individu Dilaporkan Alami Kerugian Mencecah RM50,000
- 7 Cara Ini Bantu Saya Selesaikan Hutang Kad Kredit RM11,000 Dalam 3 Bulan
- 10 Kesilapan Dalam Penggunaan Kad Kredit Bakal Membebankan Anda
Hi warga DS. Kat sini i seikhlas hati minta bantuan kewangan for my bf and I punya hutang kat bank sbb ada masalah business so me and him use credit card for daily expenses for few months 🥲. Siapa sudi help us really appreciated 🥹. Boleh DM untuk details 🙏🏻 pic.twitter.com/8dsAYNrmnJ
— kaytie, the kitty. (@kaytieyou) February 28, 2023
Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat dia dan teman lelakinya memiliki hutang kad kredit mencecah hampir RM3,000. Menurutnya, dia dan teman lelaki mempunyai masalah perniagaan sehingga terpaksa menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan harian untuk beberapa bulan.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik akaun ‘dark side’ itu kerana meminta sedekah kepada umum untuk membayar hutang kad kredit miliknya dengan teman lelaki.
Best jugak eh buat hutang lepastu mintak orang bayarkan https://t.co/YSn0anUyej
— EBU (@IbuPeri__) February 28, 2023
The audacity- what clownery is this 🤡 https://t.co/LIjEtA5y9j
— Dadam. (@_AdmHsym) March 1, 2023
https://twitter.com/elliehamed/status/1630756198986448898
you dont need to go on the street to see a beggar. here's one of the example of the current modernize beggars lmao hutang engko, orang lain pula nak kena tolong bayarkan https://t.co/vS5DbUFZvb
— daniel (@_adam_daniel) March 1, 2023
Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat agar pemilik akaun tersebut mencari pekerjaan dan bukannya meminta sedekah cuba meraih simpati orang ramai. Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan tidak berlebihan menggunakan kad kredit.