Kad kredit ini umpama pisau. Ia boleh digunakan sebagai alat untuk menyediakan bahan masakan dan ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk melakukan jenayah. Kad kredit bagus apabila kita tahu dan faham fungsi dan kelebihan kad kredit. Ia juga bagus jika kita berdisiplin dalam soal perbelanjaan. Tetapi jika kita gagal dalam penggunaan kad kredit, kita akan terjerumus ke dalam lembah hutang yang mungkin boleh menjadi punca untuk seseorang muflis.
10 Kesilapan Dalam Penggunaan Kad Kredit Bakal Membebankan Anda
1. Tidak Menggunakannya Secara Strategik
Tidak menggunakan kad kredit untuk mendapatkan rebet pembayaran ke atas bil telefon, isian minyak, membeli-belah dan lain-lain.
2. Tidak Melakukan Pembayaran Secara Konsisten
Pastikan bayar setiap bulan bil kad kredit mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Jika tidak, anda akan dikenakan caj tambahan kerana lambat bayar.
3. Mencapai Had Nilai Maksimum Kad Kredit
Sebaik-baiknya berusaha menggunakan kad kredit sekitar 10% – 30% daripada had nilai maksimum kad kredit. Ini kerana ia akan mempengaruhi skor kredit. Jika terlebih dari hadnya, anda akan dikenakan caj tambahan.
4. Baki Jumlah Belum Bayar Kad Kredit Yang Tinggi
Situasi ini akan mempengaruhi kadar interest kad kredit ke atas baki jumlah belum bayar kad kredit.
5. Hanya Bayar Jumlah Minimum Bulanan
Jangan bayar jumlah minimum bulanan yang dicadangkan oleh pihak kad kredit di dalam penyata bil kad kredit. Pastikan bayar lebih RM50 hingga RM100 daripada jumlah minimum bulanan. Dengan berbuat sedemikian, anda akan dapat jimat dari segi jumlah RM kadar interest.
6. Tidak Memeriksa Penyata Bil Kad Kredit
Pastikan anda periksa penyata bulanan kad kredit bagi memastikan apa yang dibelanjakan adalah sama dengan apa yang tertera di dalam penyata tersebut. Ini penting bagi mengelakkan kesilapan peniaga dan penipuan dalam transaksi.
7. Bayar Bil Perubatan Dengan Kad Kredit
Jangan sesekali menggunakan kad kredit untuk membayar bil perubatan kerana jumlah caj yang dikenakan adalah besar. Sepatutnya anda mempunyai insuran kesihatan bagi melindungi anda daripada bil-bil perubatan yang tinggi. Ya, sememangnya anda perlu bayar bulanan yuran komitmen bagi insuran tetapi itu adalah lebih baik daripada tiada apa-apa perlindungan. Apabila sakit, hanya beri kad perubatan sahaja. Bukan menghulur kad kredit. Ingatlah, bil perubatan boleh menghakis kekayaan dan duit simpanan anda.
8. Mengambil Cash Advance
Tahukah anda cash advance mengenakan kadar caj interest yang tinggi? Ia perlu diselesaikan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh dikeluarkan. Walau bagaimanapun bergantung pada pengurusan kad kredit masing-masing. Ada terma dan syarat yang perlu dipatuhi.
9. Mengabaikan Mata Ganjaran
Setiap kali anda melakukan transaksi melalui kad kredit, anda akan mendapat mata ganjaran. Mata ganjaran itu boleh ditukarkan ke dalam bentuk tunai, cash voucher dan juga produk.
10. Tidak Melakukan Penstrukturan Semula
Anda boleh melakukan penstrukturan semula dengan memindahkan baki kad kredit belum bayar kepada pihak pengurusan kad kredit yang menawarkan kadar interest yang lebih rendah daripada sedia ada.
Bagaimanakah cara penggunaan kad kredit anda?
Kami mahu tahu tentangnya. Kongsikan pendapat dan pengalaman anda di ruangan komen di sini atau Facebook The Vocket.
Sumber: Daily Worth