Sebelum ini ramai yang sebenarnya agak skeptikal apabila mahu mula menggunakan kad kredit. Namun, ia sebenarnya sangat berguna jika digunakan dengan cara yang betul.
Bagi peniaga ini, beliau mengakui agak ‘menyesal’ kerana tidak menggunakan kad kredit sebagai mod pembayaran untuk bisnesnya sejak mula. Berikut adalah perkongsian daripada Muhammad Amierul.
MENYESAL DULU AKU PAKAI BigPay BUAT BAYAR ADS DAN LAIN-LAIN
BigPay memang dapat collect point juta-juta. Masalahnya boleh tebus benda yang jarang saya guna, salah satunya tiket penerbangan. Saya pula bukan jenis kaki travel.
Itu pun kadang-kadang dia tolak separuh daripada harga tiket pakais points BigPay. Selebihnya kena bayar juga!
Lepas itu hujung tahun 2022 saya buat keputusan untuk tukar cara pembayaran ads (pengiklanan) dengan kad kredit Maybank Infinite.
.
Alhamdulillah sejak 2022 sampai sekarang , ini senarai barang rumah dan barang pejabat yang saya dah tebus secara “PERCUMA” menggunakan Points credit card Maybank ini.
1. Apple Airpod Pro (RM1,099)
2. CCTV 6 Buah (RM4,194)
3. Kerusi Gaming Black Panther (RM699)
4. Kerusi Gaming Iron Man (RM1,249)
5. Kerusi Gaming TTRacing 6 buah (RM2,256)
6. Laptop Huawei D16 (RM3,959)
7. Peti Sejuk 60L dua bijik (RM1,198)
8. Powerbank 80000 Mah (RM399)
9. TV Xiaomi 43inch 2 bijik (RM2,398)
10. Water Heater 3 bijik (RM657)
11. Aircond 2.5 dua buah (RM6,598)
12. Scooter Segway Ninebot (RM3,563)
13. Microwave Sharp 30L (RM1,099)
14. Nitecore MH25S (RM458)
15. Rode Large Diaphragm (RM1,711)
16. Epson Ecotank (RM679)
Dan ada beberapa benda kecil yang saya dah lupa nak simpan dalam resit claim dan minggu ini saya sedang kejar points nak tebus air-cond untuk ofis saya.
Boleh dikatakan memang saya secara full guna kad kredit Maybank ini untuk buat bayar apa-apa sahaja. Makan nasi kandar, Isi minyak, beli barang dapur. Semuanya guna kad kredit untuk kumpul points.
Sebagai contoh kamu bayar nasi kandar RM17, dah 34 points kamu dapat. Sebab dia kira RM1 = 2 points untuk penggunaan di Malaysia.
Manakala RM1 = 5 points untuk international transaction. Jadi, kalau yang tanya saya macam mana nak apply, boleh klik link di sini. Kawan saya yang kerja bank boleh bantu anda!
Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Vocket juga ada berbincang tentang isu kad kredit bersama Aznah Abas dalam sesi Voccast khas sempena kempen celik kewangan Cakna Duit dan anda boleh mendengar perkongsian lanjut tentang kad kredit pada video di atas.