Perlawanan keempat peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Shanghai Shenhua [5 November 2025, 8:15 malam]

Para peminat bola sepak tempatan boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Iskandar Puteri.

Baca Juga:

Perlawanan Keempat ACL Elite 2025/26

Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Shanghai Shenhua

Sepak mula: 8:15 malam, 5 November 2025 (Rabu)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite 2025/26.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Manakala sekiranya anda mempunyai akses VPN, perlawanan tersebut boleh disaksikan di laman Youtube AFC Hub.

JDT masih segar dengan kemenangan 2-0 di tempat lawan ke atas Chengdu Rongcheng yang nyata menyemarakkan semangat juang anak buah Xisco Munoz itu.

Beraksi di laman sendiri, barisan pemain JDT pastinya mahu mengambil kesempatan tersebut untuk mengulangi pencapaian ketika menundukkan lawan sama pada saingan musim lalu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 1 Oktober tahun lalu, JDT berjaya menundukkan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0.

Manakala, Shanghai Shenhua yang dibimbing Leonid Slutsky turut berada di mood terbaik dalam saingan ini apabila berjaya menundukkan Seoul FC 2-0 hasil jaringan Luis Asue dan Andre Luis.

Selepas mengharungi tiga perlawanan ini, JDT dan Shanghai Shenhua terikat dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri serta satu kekalahan dicatatkan.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).

Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.