Cabaran Malaysia dalam kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja 2025 sudah berlangsung apabila skuad muda remaja akan berhadapan dengan Austria pada jam 1.45 petang ini.

Kejohanan yang bakal menampilkan bakat berkualiti bawah 21 tahun itu berlangsung di Mayor Radha krishnan Hockey Stadium, Chennai dan Madurai International Hockey Stadium, Tamil Nadu di India.

Malaysia yang dibimbing legenda hoki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin berdepan tugas sukar apabila diundi bersama-sama jaguh Eropah iaitu Belanda, England dan Austria.

Siaran Langsung Piala Dunia Hoki Remaja 2025

Malaysia lawan Austria 

Mula: 1:45 Petang
Tempat: Madurai International Hockey Stadium, Tamil Nadu
Link Siaran Langsung: TV Okey, Sukan RTM & RTM Klik

Walaupun beraksi beribu batu jauhnya, peminat hoki negara boleh menyaksikan boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit hoki dunia itu di India.

Siaran langsung perlawanan melibatkan skuad negara boleh disaksikan di saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di penstriman langsung di laman sesawang RTM Klik dan pilih ke dua saluran tersebut.

Edisi 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan skuad negara menduduki tempat ke-12 selepas tewas 3-4 menerusi penentuan pukulan penalti ‘shoot-out’ apabila kedudukan terikat 2-2 pada 60 minit perlawanan.

Berbekalkan pengalaman kurang meyakinkan di edisi lalu, skuad muda negara pastinya mahu memperbaiki kedudukan kali ini dan membuktikan bahawa Malaysia masih memiliki kelompok pemain pelapis yang kompetitif di pentas dunia.