Kecekapan seorang anggota bomba memadamkan api kecil dengan menggunakan air daripada penapis air meraih tumpuan warganet.

Menerusi video dikongsikan TikTok @norman_affan pasukannya tiba di tempat kejadian apabila menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 pagi.

Baca Juga:

Selepas memecahkan pintu gril dan pintu kayu, anggota bomba tersebut segera melihat tahap kebakaran di dalam bilik tersebut.

Pada ketika itu api sedang terbakar pada bahagian dinding.

@norman_affan

Jam 3 pagi & cuaca hujan dapat emergency call be like : #bomba #fypp #kebakaran #rescue #normanaffan

♬ original sound – norman_affan – norman_affan

Anggota bomba tersebut segera mengambil secawan air daripada penapis air yang berada di bahagian luar bilik yang terbakar itu.

Kemudian beliau menyimbah air sehingga api mengecil dan mengambil secawan air lagi untuk memadamkan api sepenuhnya.

Video tersebut mendapat lebih 1,000 komen daripada warganet. Ramai berasa kagum melihat api dapat dipadamkan dengan hanya menggunakan air daripada penapis air sahaja.

Menurut sebahagian warganet, tindakan rasional itu mengurangkan ‘water damage‘ — kerosakan pada bangunan atau barang akibat air yang digunakan semasa operasi pemadaman.

Water damage juga menyukarkan pihak anggota mengesan punca kebakaran.