Kehadiran seorang guru ke majlis barangan dapur memberikan kesan buatnya selepas melihat sendiri anggota bomba menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Menerusi hantaran Facebook Cikgu Zahran, pada ketika itu mengadakan agihan barang basah dan beras di Gudang Bencana Dana Kita di Balai Pasukan Bomba Sukarela Gombak.

Program itu mengagihkan barangan kepada 1,000 individu asnaf dan B40 sekitar kawasan Gombak.

@malaysianupdatenews

Tinggalkan Berbuka Demi Tugas, Bomba Sukarela Gombak Terus Ke Lokasi Kebakaran #malaysianupdate #themalaysianupdate #malaysianupdatenews #TMUnews #viral

♬ bunyi asal – Sky Walker – Sky Walker

Menerusi video dikongsikan beliau, anggota bomba yang berada di majlis itu berlari meninggalkan majlis berbuka puasa selepas mendengar bunyi loceng kecemasan.

“Baru sahaja azan berkumandang dan menjamah juadah iftar, tiba tiba panggilan kecemasan kebakaran. Kebetulan anggota Bomba Selayang turut berbuka puasa bersama-sama.

“Mereka tinggalkan juadah di hadapan mata demi menyelamatkan harta dan nyawa. Demikianlah pengorbanan pasukan keselamatan dan juga anggota sukarela.

“Biarpun tidak dibayar, mereka sentiasa siap siaga. Tabik hormat buat semua anggota keselamatan walau di mana anda bertugas,” kata Cikgu Zahran.