Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam menyatakan seorang wanita warga Singapura berusia 40 tahun ditahan selepas memandu sebuah Ford Mustang yang tidak memiliki cukai jalan dan insurans pada Sabtu.
Wanita itu ditahan ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira jam 7.21 malam, petik Sinar Harian.
Baca Juga:
- Tak Bayar Saman JPJ Lagi? Boleh Masuk Mahkamah, Kena ‘Blacklist’ Mulai 1 Januari 2026

- Jarang Nampak Di Malaysia, JPJ Kedah Sita ‘Bumblebee’

- Tak Perasan ‘Roadtax’ Mati, JPJ Perlis Sita Nissan GT-R Milik Ahli Perniagaan Dari Kedah

Hasil siasatan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kereta berkenaan telah tamat tempoh pada 13 November lalu, serta tiada rekod perlindungan insurans aktif.
“Semakan awal mendapati kereta itu disewa untuk tempoh sehari daripada sebuah syarikat kereta sewa.
“Kenderaan terbabit kemudiannya disita untuk tindakan lanjut,” katanya pada Ahad.
“JPJ WPKL sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” kata JPJ WPKL.