Seorang wanita dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah selepas memaparkan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan.
Menerusi hantaran Facebook JPJ Negeri Kedah, Pasukan Aman 1 dalam rondaan rutin penguatkuasaan di KM49.5 Lebuhraya Utara Selatan hala Utara telah menahan sebuah kereta jenis Honda City berwarna merah atas kesalahan tersebut.

Baca Juga:
- JPJ Perak Raih RM2.37 Juta, Nombor Plat ‘ANU 1’ Dibida RM269,000
- Netizen Pertikai VIP Langgar Peraturan, Ini Sebab Banyak Vellfire, Alphard Guna Nombor Plat Putih
- Cadangan Ditolak, Ahli Perniagaan Tuntut Pampasan Nombor Plat MADANI RM1.3 Juta Daripada JPJ, MOT
“Pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suaminya sempena nama dirinya.
“Menurut Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959 jika didapati bersalah boleh dikompaun tidak lebih tiga ratus ringgit,” kata JPJ negeri Kedah.
Anggota penguatkuasa telah mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah seksyen 61(1) APJ 1987.
“JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut,” terang JPJ negeri Kedah berhubung penggunaan nombor plat tidak mengikut spesifikasi.