Semalam, kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dikatakan telah berdepan situasi genting apabila operasi terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.
Menelusuri cerita dari beberapa individu yang mengetahui kisah sebenar, difahamkan di bahagian Bay B terdapat sebuah bagasi yang dipercayai mempunyai mesej yang menyebut tentang keberadaan bom.

Oleh disebabkan ia membabitkan isu keselamatan yang serius, pihak KLIA didakwa terpaksa menghentikan keseluruhan operasinya di B bay dan meminta bantuan pihak Polis dalam memeriksa kandungan bagasi terbabit.
Sementara penumpang pesawat berkenaan diarahkan untuk turun untuk tujuan misi pemeriksaan selanjutnya oleh Unit Pemusnah Bom.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kelihatan satu nota yang diletakkan pada bagasi yang berkata “Tolong jangan ambil ada bom”.
Akibat daripada itu, sejumlah penumpang dan jadual penerbangan terpaksa dihentikan terlebih dahulu untuk memeriksa kesahihan atas ancaman bom terbabit.
“Aku selalu ingatkan, orang kata nak travel ni bukan setakat ada duit, tapi otak pun kena bijak sikit.
Kalau tak pandai berfikir (atau buat hal) masa melancong, ini la padahnya. Tak pasal-pasal satu kapal terbang kena mendarat/turun, lepas tu skuad (polis/bom) pula terpaksa datang untuk periksa semua benda!,” tulisnya.

Dalam pada itu, sebahagian penumpang pesawat yang mendarat di platform mendakwa mereka terpaksa menunggu selama berjam-jam lamanya kerana tidak mendapat kebenaran pelepasan dari petugas di bahagian darat.

Sementara yang penumpang yang mahu berlepas juga mengalami penundaan waktu penerbangan sehingga menjadikan ruang menunggu dipenuhi orang ramai dan bersesak di antara satu sama lain.