Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Business Financing, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memperoleh kedudukan ke-8 dan dianggap sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk di Asia.

KLIA berkongsi kedudukan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dalam rating kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mendahului senarai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk di Asia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait dengan hanya mengutip markah 1.69.

Manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty di Kazakhstan, dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Arab Saudi, masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Vietnam muncul sebagai lapangan terbang terbaik di Asia, dengan markah tinggi sebanyak 6.80.

Laporan itu secara khusus menyatakan bahawa perkhidmatan yang sempurna di lapangan terbang Vietnam telah menjadi antara penyebab mengapa ia dinobatkan yang terbaik.

Lapangan Terbang Changi Singapura memperoleh kedudukan ke-2 untuk lapangan terbang terbaik, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong China berada di tempat ke-3.

Kedudukan ini, menurut laporan tersebut diambil daripada ulasan penumpang yang pernah menggunakan perkhidmatan lapangan terbang antarabangsa di sekitar Asia.