Media Indonesia kehairanan dengan stadium kosong pada aksi pembukaan acara bola sepak Sukan SEA 2025.
Ini selepas aksi pertama pasukan tuan rumah Thailand dalam acara bola sepak lelaki berlangsung dalam stadium boleh dikira hampir sepenuhnya kosong.
48Bola Indonesia menulis: “Ternyata, tidak semua penyokong tuan rumah Thailand memenuhi Stadium Rajamangala untuk aksi pertama acara bola sepak lelaki.
“Dengan stadium yang tidak penuh, adakah situasi ini berkaitan dengan boikot oleh penyokong Thailand atau ada sebab lain?”
Kemudian laman Thai Footballs membalas: “Tiada kaitan dengan boikot. Cuma orang Thailand tidak tertarik dengan Sukan SEA. Malah ramai orang Thailand sendiri tidak tahu kami adalah negara penganjur Sukan SEA.”
Nothing about the boycott.
People just donโt interest in SEA Games. Many people even dont know we are hosting SEA Games. ๐ https://t.co/z91CUon6Tl
— All Things Thai Football ๐น๐ญ (@ThaiFootballs) December 3, 2025
Netizen rata rata setuju dengan kenyataan tersebut. Salah seorang netizen Thailand malah menganggap kerajaan negara mereka sendiri tidak serius mempromosikan Sukan SEA.
Selain itu ada juga yang berpendapat: “Mungkin sebab ini hanya pasukan B-23, bukannya pasukan senior.”
Ada juga yang menganggap Sukan SEA kali ini adalah Sukan SEA paling tidak ‘hype’.
Pada aksi pembukaan tersebut Thailand menang 5-1 ke atas Timor Leste.