Perlawanan keenam peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Shanghai Port [9 Disember 2025, 8:15 malam]

Para peminat bola sepak tempatan boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Iskandar Puteri.

Baca Juga:

Perlawanan Keenam ACL Elite 2025/26

Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Shanghai Port

Sepak mula: 8:15 malam, 9 Disember (Selasa)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite 2025/26.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Manakala sekiranya anda mempunyai akses VPN, perlawanan tersebut boleh disaksikan di laman Youtube AFC Hub.

Misi Wajib Menang Buat JDT

JDT pastinya mahu segera bangkit selepas tewas 0-2 ditangan Melbourne City dan kemudiannya seri 2-2 ketika berhadapan PKR Svay Rieng dalam aksi Piala Shopee tempoh hari.

Hanya kemenangan dapat membuka ruang besar buat skuad kendalian Xisco Munoz itu untuk mara ke pusingan 16.

Selepas mengharungi lima perlawanan, JDT berada di kedudukan ketujuh dengan tujuh mata diraih hasil dua kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan.

Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri serta menghadapi lawan yang berada di kedudukan tercorot perlu digunakan sepenuhnya barisan pemain skuad Harimau Selatan untuk meraih tiga mata penuh.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).

Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.