Hari pertama pertandingan selepas majlis perasmian Sukan SEA 2025 membuka tirai dengan penuh debaran buat kontinjen Malaysia yang kini memulakan misi memburu sebanyak mungkin pingat di Bangkok dan Chonburi.

Selepas upacara pembukaan meriah yang berlangsung semalam, fokus kini terarah sepenuhnya kepada aksi di gelanggang apabila atlet negara turun berjuang dalam beberapa acara awal.

Sepanjang hari ini, beberapa keputusan penting telah direkodkan termasuk pingat emas sulung yang berjaya diraih.

Pingat emas pertama buat kontinjen negara dalam temasya ini hadir menerusi acara Hoki 5s lelaki yang menewaskan Indonesia 7-3 pada aksi final pada petang tadi.

Kemudiannya gandingan Wong Zin, Mei Yee Yow dan Jin Ying Seah dalam acara Taekwando Poomsae Berpasukan Wanita pula menambah pungutan pingat emas.

Berikut adalah senarai terkini pungutan pingat kontinjen Malaysia pada 10 Disember dalam Sukan SEA 2025 mengikut sumber laporan dikemaskini Majlis Sukan Negara Malaysia:

Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia Di Sukan SEA 2025

Pingat Emas

1) Hoki 5s Lelaki

2) Taekwando Poomsae Berpasukan Wanita

Pingat Perak

1) Hoki 5s Wanita

2) Badminton Berpasukan Lelaki

Pingat Gangsa

1) Badminton Berpasukan Wanita

2) Chin Ken Haw – Taekwando Poomsae Individu Lelaki

3) Sepak Takraw Wanita – Chinlone (Linking)

4) Sepak Takraw Lelaki – Chinlone (Linking)

5) Azlyn Farhana Muhammad Azmi Tan – Canoe Slalom (Womens C1)

6) Taekwando Poomsae Berpasukan Lelaki

7) Mohamad Nazrin Najib – Canoe Slalom (Mens K1)

8) Phee Jinq En – Renang – (50m Kuak Dada Wanita)

9) Equestrian Polo Berpasukan – (2-4 Goals)

10) Mohamed Nuzul Azwan Ahmad Temizi – Petanque (Men’s Shooting)