Kontinjen Malaysia menambah satu lagi pingat emas dalam Sukan SEA 2025 menerusi Rachel Yeoh dalam acara Gimnastik Artistik (Uneven Bars).

Dengan kemenangan ini, Rachel sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai antara gimnas Malaysia yang paling konsisten di peringkat serantau.

Pingat emas ini bukan sahaja menambah koleksi Malaysia dalam Sukan SEA 2025, malah memberi motivasi kepada kontinjen negara untuk terus berjuang dalam baki acara yang masih berlangsung.

Berikut adalah senarai terkini pungutan pingat kontinjen Malaysia pada 11 Disember dalam Sukan SEA 2025 mengikut sumber laporan dikemaskini Majlis Sukan Negara Malaysia:

Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia Di Sukan SEA 2025

Pingat Emas

1) Rachel Yeoh – Gimnastik Artistik Individu Wanita

Pingat PerakĀ 

1) Zulfikri Zulkifli – Cycling MTB (Men’s Cross Country Eliminator)

2) Muhammad Syafiq Zuber – Taekwando Lelaki (Kyorugi)

3) Karate (Men’s Team Kata)

4) Joelle Ai Wong – Jiujitsu (Women’s Ne-Waza – 57kg)

5) Luqman Al-Hafiz Zulfa – Gimnastik Artistik Individu Lelaki (Floor Exercise)

6) Waterski Slalom Team

7) Sadat Marzuqi Ajisan – Olahraga (Baling Tukul Besi Lelaki)

8) Andre Anura – Olahraga (Lompat Kijang Lelaki)

9) Queenie Ting Kung Ni – Olahraga (Lempar Cakera Wanita)

10) Renang 4x200m Gaya Bebas Lelaki

Pingat Gangsa

1) Ahmad Zikri Bin Mohd Nor Arif – Canoe Slalom (Men’s C1)

2) Cassandra J. Poyong – Jiujitsu (Women’s Ne-Waza – 57kg)

3) Karate (Women’s Team Kata)

4) Sharul Aimy – Gimnastik Artistik Individu Lelaki (Pommel Horse)

5) Yeap Kang Xian – Gimnastik Artistik Individu Wanita (Vault)

6) Waterski Wakesurf Team

7) Jackie Wong Siew Cheer – Olahraga (Baling Tukul Besi Lelaki)

8) Tong Yu Jing – Renang (50m Gaya Bebas Lelaki)

9) Danish Iftikhar Muhammad Roslee – Olahraga (100m Lelaki)

10) Bola Keranjang 3×3 Wanita

11) Bola Keranjang 3×3 Lelaki

Jumlah Keseluruhan Pingat Malaysia

Emas – 3

Perak – 12

Gangsa – 21

Keseluruhan – 36