Skechers kembali mencuri perhatian dunia streetwear dengan pelancaran terbaharu mereka, Skechers Street™ UNO Ryze, sebuah siluet yang menggabungkan estetika retro runner dengan sentuhan moden yang lebih berani dan berstruktur.

Ia direka untuk mereka yang gemarkan gaya menonjol tanpa mengorbankan keselesaan, UNO Ryze tampil sebagai evolusi baharu kepada siluet UNO yang sudah sinonim dengan Skechers.

Sebagai jenama yang dikenali sebagai The Comfort Technology Company™, Skechers sekali lagi membuktikan bahawa fesyen dan fungsi boleh bergerak seiring dalam satu rekaan yang yakin dan relevan dengan gaya hidup urban masa kini.

Retro Runner dengan sentuhan lebih tinggi dan berkarakter

Skechers Street™ UNO Ryze menampilkan siluet yang lebih sculpted dan terangkat, memberikan interpretasi segar kepada gaya retro runner yang kini kembali mendominasi landskap fesyen jalanan.

Rekaan ini bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk dirasai dari setiap sudut.

Skechers UNO Ryze Tampil Berani, Angkat Semula Gaya Retro Runner Ke Tahap Baharu

Bahagian atas kasut diperbuat daripada mesh bernafas yang dilapisi duraleather overlays, menghasilkan keseimbangan antara elemen sporty dan struktur yang kemas.

Potongan berlapik serta kontur berukir menjadi identiti utama UNO Ryze, menjadikannya mudah digayakan bersama athleisure, denim mahupun streetwear monokrom.

Koleksi ini diperkenalkan dalam tiga pilihan warna untuk lelaki dan wanita, masing-masing menampilkan palet yang segar, ekspresif dan masih cukup versatil untuk dipakai harian.

Keselesaan ikonik Skechers untuk pemakaian sepanjang hari

Di sebalik rekaan yang menonjol, Skechers Street™ UNO Ryze kekal setia kepada DNA keselesaan jenama ini.

Setiap pasang dilengkapi Skechers Air-Cooled Memory Foam® yang memberikan sokongan empuk serta pengudaraan optimum dari langkah pertama hingga akhir hari.

Skechers UNO Ryze Tampil Berani, Angkat Semula Gaya Retro Runner Ke Tahap Baharu

Tapak tengah pula menggunakan Skech-Air® dengan beg udara 180 darjah yang boleh dilihat, memberikan rasa responsif dan ringan ketika berjalan.

Lengkap dengan tumit setinggi 1.5 inci, UNO Ryze menawarkan sedikit ketinggian tambahan yang membantu postur badan serta meningkatkan keyakinan tanpa menjejaskan kestabilan.

 

Cha Eun-woo sebagai wajah gaya UNO Ryze

Kempen ini turut menampilkan Duta Jenama Serantau Skechers, Cha Eun-woo, yang menggayakan Skechers Street™ UNO Ryze dalam warna Natural Grey.

Pilihan ini menyerlahkan bagaimana siluet UNO Ryze mampu digayakan secara minimal tetapi tetap berimpak, sekaligus menegaskan tarikan global kasut ini dalam dunia fesyen jalanan moden.

Skechers UNO Ryze Tampil Berani, Angkat Semula Gaya Retro Runner Ke Tahap Baharu

Skechers Street™ UNO Ryze ditawarkan pada harga RM399 dan kini boleh didapati di butik Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, 1 Utama Shopping Centre dan lain-lain lokasi di seluruh negara.

Koleksi ini juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi Skechers.com.my, menjadikannya lebih mudah diakses oleh peminat fesyen dan streetwear tempatan.

Dengan gabungan siluet retro, rekaan berani dan teknologi keselesaan yang terbukti, Skechers Street™ UNO Ryze tampil sebagai pilihan tepat untuk mereka yang mahu menaikkan gaya harian sambil kekal selesa dari pagi hingga malam.