Skechers memulakan era baharu dalam bola sepak dengan pelancaran terbaharunya iaitu koleksi CTRL^ Pack.

Pelancaran diraikan dengan perlawanan persahabatan eksklusif yang menampilkan pemain seperti Indra Putra Mahyuddin, Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Lau dan Kevin Deeromram.

Acara itu juga menyaksikan Shahrul Nazeem dan Aliff Haiqal Lau sebagai atlet Skechers, menyertai seorang lagi pemain iaitu Safuwan Baharudin bagi mewakili jenama itu.

Skechers Lancarkan Koleksi CTRL^ Pack Terbaru
Barisan pemain Skechers

Skechers CTRL^ Pack tersedia di kedai Football Republic terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Pavilion Elite, The Curve, dan Alor Setar. Stok tambahan akan dijalankan sepanjang Oktober.

Pek Skechers CTRL^ merangkumi barisan Elite dan Academy yang dikonfigurasikan untuk Firm Ground (FG), dan barisan Club yang dibina untuk Multi-Ground (MG).

Skechers Lancarkan Koleksi CTRL^ Pack Terbaru
Skechers SKX_2 Elite FG
Skechers Lancarkan Koleksi CTRL^ Pack Terbaru
Skechers Razor 1.5 Elite FG

Harga bagi koleksi CTRL^ Pack Elite dijual dengan harga RM1199, koleksi CTRL^ Pack Academy dijual dengan harga RM499 manakala bagi MG dijual dengan harga RM339.

Skechers Lancarkan Koleksi CTRL^ Pack Terbaru
Skechers SKX_2 Club MG

Sementara itu, rangkaian Skechers Kids, sebahagian daripada koleksi yang lebih luas, juga menawarkan pilihan FG dan MG untuk pemain muda.

Skechers Lancarkan Koleksi CTRL^ Pack Terbaru
Skechers Razor 1.5 Jr FG
Skechers Lancarkan Koleksi CTRL^ Pack Terbaru
Skechers Razor 1.5 Jr FG

Harga bagi koleksi CTRL^ Pack kanak-kanak dijual dengan harga RM259.

Dengan ketepatan, keselesaan, dan kawalan pada teras setiap reka bentuk, koleksi memastikan bahawa atlet elit, pemain rekreasi dan pemain muda boleh mencari kasut yang direka untuk memadankan permainan dan permukaan mereka mereka bermain.