Kontinjen Malaysia menambah empat lagi pingat emas untuk menjadikan jumlah keseluruhan dalam Sukan SEA 2025 setakat ini kepada 30 pingat emas.

Keempat-empat pingat emas itu disumbangkan menerusi sukan yang berbeza dimana ia melibatkan olahraga, menembak, ekuestrian dan tenpin boling.

Selain itu, tiga lagi pingat perak dan sembilan pingat gangsa telah disumbangkan oleh atlet negara.

Berikut adalah senarai terkini pungutan pingat kontinjen Malaysia pada 16 Disember dalam Sukan SEA 2025 mengikut sumber laporan Bernama dan Majlis Sukan Negara Malaysia:

Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia Di Sukan SEA 2025

Pingat Emas

1) Megan Min Ern Ding – Ekuestrian (Individual Dressage)

2) Muhammad Irfan Shamsuddin – Olahraga (Men’s Discuss Throw)

3) Muhammad Rafiq Ismail & Muhammad Syazirol Shamsudin – Tenpin Boling (Men’s Doubles)

4) Ong Chee Keng – Menembak (Men’s Individual Trap)

Pingat Perak

1) Gimnastik Berirama (3 Ball + 2 Hoop)

2) Gimnastik Berirama (5 Ribbon)

3) Mohamad Syahmi Nor Ghazali – Angkat Berat (Men’s 94kg)

Pingat Gangsa

1) Tun Hakim & Tsen Fan Yew – Tenpin Boling (Men’s Doubles)

2) Ng Joe Ee – Gimnastik Berirama (Individual All Around)

3) Norliyana Kamaruddin – Olahraga (Women’s High Jump)

4) Triathlon (Team Mixed Relay)

5) Lumba Basikal Lebuh Raya (Men’s Team)

6) Kueggen Vijayakumar – Kick Boxing (Point Fighting Men’s 63kg)

7) Ooi Khen Xing – Kick Boxing (Point Fighting Men’s 57kg)

8) Kabbadi (Men’s Super 5 Teams)

9) Kabbadi (Women’s Super 5 Teams)

Jumlah Keseluruhan

Pingat Emas – 30

Pingat Perak – 31

Pingat Gangsa – 89

Keseluruhan – 150