Semalam, tular di media sosial memperlihatkan satu situasi genting di mana terdapat beberapa buah kereta yang dipercayai telah menghalang tepi laluan R&R Ayer Keroh.

Di dalam video yang beredar itu, sebuah treler terpaksa meneruskan perjalanan di mana melanggar beberapa buah kereta yang parkir di sisi jalan sehingga terhalang laluan.

Kereta-kereta yang digesel itu didapati berada dalam keadaan sangat teruk termasuk kesan remuk yang serius pada bahagian badan kereta dan juga kerosakan pada tayar.

@cyberjayaviral

Keadaan lori langgar beberapa buah kereta yang parking tepi jalan rnr ayer keroh #viral

♬ original sound – Cyberjayaviral – Cyberjayaviral

Bagaimanapun, tindakan pemandu lori tersebut yang melanggar kereta terbabit telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sebahagian netizen melihat ia sebagai satu tindakan yang zalim kepada pemilik kenderaan terbabit kerana sudah merosakkan harta benda orang lain dan mungkin ia menjadi kenderaan utama mencari rezeki.

Mereka percaya pemilik mungkin terpaksa parkir di ruang itu kerana sudah tidak tahan mahu membuang air kecil atau seumpamanya.

Bagaimanapun, sebahagian netizen lain mendakwa ia bukan sesuatu lesen buat individu meletakkan kenderaan sesuka hati di tepi laluan utama sehingga menyukarkan urusan kenderaan yang panjang dan besar seperti lori.

Ada yang berkongsi sebahagian pengguna jalan raya lain turut bertungkus-lumus cuba mengangkat kereta yang parkir di tepi jalan itu setelah  tersekat lama di kawasan tersebut.

Oleh itu, netizen melihat tindakan menggilis kereta itu sebagai pengajaran buat pengguna jalan raya lain itu lebih bertimbang rasa dan berfikir rasional dalam meletakkan kenderaan tidak kiralah di R&R atau tenpat lain.