Umum semua orang mengetahui sekiranya kita ‘terpaksa’ meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya, kita akan meletakkan nombor telefon yang boleh dihubungi bagi memudahkan orang ramai menggunakan laluan jalan.
Namun bagaimana pula cara mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan apabila pemiliknya tidak meninggalkan apa-apa butiran untuk dihubungi? Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana orang ramai di kawasan kilang telah mengalihkan sebuah Proton Saga menggunakan forklift.
Menurut pemilik asal video tersebut, dia yang sedang memandu lori treler sepanjang 40 kaki penuh muatan besi tidak dapat masuk ke kawasan kilang apabila ada sebuah Proton Saga menghalang laluannya.
Lalu dia hubungi pemilik kilang memaklumkan perkara yang berlaku dan pemilik kilang telah meminta pekerja-pekerjanya membawa dua buah forklift untuk mengubah kereta Proton Saga tersebut.
“Ya operasi sudah berjalan. Dia angkat kereta itu terus. Hebatlah abang,” puji pemandu lori treler kepada pemandu forklift mengangkat kereta yang menghalang laluan dengan penuh berhati-hati.
Ada pengguna Facebook menyatakan kejadian seperti itu sudah banyak kali berlaku walaupun peringatan sudah diberikan berkali-kali. Namun masih ada pemilik kenderaan masih berdegil tetap mahu meletakkan kenderaan sehingga mengganggu laluan di kawasan tersebut.
Tambah orang ramai lagi, cara tersebut lebih ‘lembut’ berbanding di tempat lain kerana selalunya kenderaan yang menghalang laluan akan ditinggalkan dengan kesan sagat dan kemik setelah bergesel dengan kenderaan bersaiz lebih besar yang terpaksa menggunakan laluan tersebut.
Netizen mengecam pemandu lori yang melanggar seorang lelaki sedang mengisi angin sehingga nyaris menggilis pemuda tersebut. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Nyaris Digilis Semasa Isi Angin Tayar, Kecuaian Pemandu Lori Treler Ini Buat Netizen Berang
Rakaman Kereta Kelisa Terhimpit Antara Dua Buah Lori Undang Pertikaian Ramai
Keluar Simpang Secara Melulu, Kereta Kancil Dilanggar Lori Hingga Terbalik