Laman statistik terkenal, Sofascore menyenraikan 10 pemain dengan gelecekan tebaik, terselit nama Mr. MVP – Arif Aiman.

Nama Arif Aiman kini bukan sekadar gah di pentas domestik, tetapi sudah mula disebut dalam perbualan global.

Statistik terbaharu daripada SofaScore meletakkan pemain sayap Johor Darul Ta’zim ini di kedudukan keempat dunia bagi jumlah dribble berjaya dalam kalangan pemain ketika mereka berusia 18 tahun, di liga divisyen utama.

Lamine Yamal raja dribble pada usia 18 tahun

Statistik ini sebenarnya mahu mengiktiraf pencapaian Lamine Yamal pada usianya 18 tahun, di mana pemain itu berjaya menjadi raja dribble pada 2025.

Prestasi luar biasa Lamine Yamal itu menyaksikan dia melakukan 307 gelecekan sukses daripada 61 perlawanan.

Arif Aiman kedudukan ke-4

Namun yang mencuri perhatian adalah, Arif Aiman yang berjaya mencatatkan 224 dribble sukses dalam 35 perlawanan — satu angka yang meletakkannya sebaris dengan nama-nama besar seperti Lamine Yamal dan Jérémy Doku.

Piala Sumbangsih
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Ini menjadikan Arif Aiman sebagai pemain ke-4 dalam senarai 10 teratas Sofascore itu.

Arif Aiman malah di atas Jeremy Doku dan Nicolas Vellejo dalam ranking 10 teratas sofascore tersebut.

Lebih menarik, Arif Aiman satu-satunya wakil dari Asia Tenggara dalam kelompok 10 teratas, satu pencapaian yang jarang berlaku dalam landskap bola sepak dunia.

Arif Aiman kebangaan Malaysia

Statistik ini adalah fakta dan angka yang tidak boleh disangkal. Gaya permainan Arif Aiman yang berani untuk berdepan dengan lawannya dengan cuba melepasi mereka dengan gelecekannya, memang sudah menjadi cap dagangnya.

Sebelum ini Arif Aiman berada di senarai finalis 3 akhir untuk kategori Pemain Terbaik Asia AFC 2025. Pada malam yang dia dicalonkan bersama sama dengan legenda hidup Arab Saudi, Salem Al Dawsari serta Akram Afif.

Jadi kepada segelintir pihak yang mempersoalkan kenapa Arif Aiman berada di senarai 3 teratas itu? Statistik Sofascore ini mungkin boleh membantu anda.