Seorang peminat bola sepak dari Korea Selatan telah memuat naik satu video menarik di laman Youtube untuk menjelaskan kenapa Liga UAE adalah destinasi yang sesuai untuk tonggak Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi.

Video itu dimuat naik sejak 6 bulan lepas, namun ia masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan penyokong Korea Selatan selepas aksi Harimau Malaya mengikat pasukan negara mereka, 3-3 dalam saingan Piala Asia 2023 baru-baru ini.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Arif Aiman sebelum ini mencuri perhatian pelbagai pihak terutama ketika aksi memukau bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) sehingga ada yang mencadangkan supaya pemain itu berhijrah ke Liga Jepun atau Korea Selatan.

Menurut penjelasan dalam video Hanguk-ASEAN Football Channel, mereka berpendapat Arif Aiman tidak sesuai beraksi di Liga Korea disebabkan oleh 4 faktor seperti berikut.

1. Tahap Liga

“Liga Pro UAE tidak begitu kuat berbanding Liga Korea dan Liga Jepun, tetapi mereka berada di ranking ke-6 dalam senarai AFC. Malah, terdapat tiga kelab UAE beraksi di ACL.

“Lebih-lebih lagi AL Ain merupakan finalist ACL pada tahun 2016. Walaupun Liga Malaysia berkembang sekarang, namun masih belum sekuat Liga Pro UAE.

“Saya fikir pergi ke Liga Pro UAE adalah tempat yang cukup kompetitif untuk Arif Aiman belajar dan membesar,”

2. Gaya Permainan

“Liga Pro UAE kurang kekerasan dalam perlawanan. Ini bagus untuk Arif Aiman menunjukkan kemahirannya. Ramai pemain ASEAN gagal bertahan dalam liga asing kerana kekuatan fizikal mereka lemah.

“Terutamanya, Liga Korea terkenal dengan asakan yang sukar. Sebaliknya, banyak liga Timur Tengah termasuk Liga Pro UAE tidak melakukan terjahan begitu kuat (mungkin kerana cuaca panas).

“Oleh itu, ini adalah persekitaran terbaik untuk pemain mempamerkan kemahiran mereka. Contohnya, Nam Tae-hee digelar ‘Messi Liga Qatar’ kerana aksi geleceknya berkesan untuk pemain Asia Barat yang kurang melakukan terjahan keras.

“Memandangkan Arif Aiman adalah seorang pemain yang gemar mengelecek pemain lawan, Liga Pro UAE ialah tempat terbaik untuk dia berjaya”

3. Isu Kewangan

“Ini penting untuk JDT dan Arif Aiman. Seperti yang anda tahu, JDT tidak suka eksport pemain mereka tanpa yuran perpindahan. Contohnya, kelab Korea tidak dapat merekrut Safawi Rasid kerana JDT mahukan bayaran perpindahan yang terlalu mahal.

“Tetapi negara timur tengah seperti UAE tidak mempunyai masalah untuk membayar lebih tinggi kerana daripada sumber ‘wang minyak’, mereka mampu menghabiskan banyak wang untuk yuran perpindahan serta upah.

“JDT boleh menjangkakan yuran perpindahan yang lebih lumayan (jika ada tawaran daripada kelab UAE). Aiman juga gembira kerana akan menerima gaji tinggi”

4. Budaya

“UAE tempat yang lebih mudah untuk Arif Aiman menyesuaikan diri kerana mereka percaya kepada orang Islam. (orang Korea dan Jepun tidak percaya Islam)

“Sudan tentu Islam antara kedua-dua negara (UAE dan Malaysia) mempunyai beberapa perbezaan. Tetapi ini lebih baik daripada Korea dan Jepun dimana agama Islam adalah minoriti.

“Terutamanya ketika bulan Ramadhan, hampir setiap pemain di UAE boleh buka puasa ketika perlawanan berlangsung. Jika di Korea dan Jepun, Arif Aiman akan bermain dalam keadaan kelaparan.

“Pemain Islam seperti Asnawi Mangkualam dan Mulic juga bergelut dalam Liga Korea apabila terpaksa bermain banyak perlawanan sepanjang tempoh Ramadhan.

“Atas sebab-sebab sedemikian, saya fikir pergi ke Timur Tengah adalah keputusan yang bijak untuk Arif Aiman”

Ini pendapat beliau selepas mengikuti perkembangan bola sepak Asia Tenggara. Klik sini untuk tonton video penuh tersebut.