Peminat bola sepak Korea Selatan menyamakan pemain sayap Malaysia, Arif Aiman dengan salah seorang pemain muda terbaik negara itu ketika ini iaitu Lee Kang-in.

Kemenangan Malaysia ketika aksi pertama dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan yang mana skuad Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan dan memenangi perlawanan dengan keputusan 4-3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Peminat Korea nyata kagum dengan semangat juang yang ditampilkan oleh pemain negara ketika ketinggalan 3-1 dan seterusnya mempamerkan kebangkitan untuk memenangi perlawanan.

Dua pemain mendapat perhatian iaitu Faisal Halim yang menjaringkan gol kemenangan dan Arif yang menyumbang tiga bantuan jaringan dalam perlawanan tersebut.

Salah seorang peminat menyamakan Arif Aiman dengan pemain muda mereka yang beraksi dengan kelab gergasi Perancis ketika ini, Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Lee Kang-in.

Lee Kang-in
Sumber Gambar: Get Spanish Football News

Kang-in hampir serupa dengan Arif dimana kedua-dua pemain beraksi di posisi sayap kanan, mempunyai ketinggian yang hampir sama dan perkara yang membezakan dua pemain ini selain kelab yang diwakili ialah Arif merupakan pemaij yang dominan kaki kanan manakala Kang-in kaki kiri.

Selain memuji Arif dan Faisal, peminat Korea juga kagum dengan kemampuan serta kualiti yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan sejak dibimbing oleh Kim Pan-gon.

Malaysia diundi dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan dalam temasya Piala Asia 2023 bersama dua lagi pasukan iaitu Jordan dan Bahrain dalam kumpulan E.

Peminat Korea mahu pasukan kebangsaan mereka agar tidak memandang rendah kemampuan Malaysia dalam aksi peringkat kumpulan kerana skuad Harimau Malaya mempunyai kemampuan serta kualiti untuk membuat kejutan.