Pihak pengurusan KLIA tampil menjawab rungutan seorang lelaki yang mendakwa caj tidak masuk akal ketika ‘drop off’ ibunya.
Baru baru ini, seorang lelaki mempersoalkan cara Malaysia Aiports berniaga. Di mana dia terpaksa membayar RM100 hanya kerana dia memakirkan kenderaannya di kawasan ‘drop off’ selama 34 minit.
Dia menulis: “Masa ni hantar emak pergi Airport KLIA 1 untuk balik kampung. Oleh kerana ramai sangat orang, maka [saya] plan [merancang] untuk drop by sahaja.
“Sekali sangkut masa hantar emak ke dalam.
“Jadi Pihak Malaysia Airport ambil duit RM100 dalam masa 34 minit sahaja.
“Bayangkan kalau sehari ada 1,000 kereta kena benda yang sama. Tak perlu pun susah-susah cari duit untuk idea bisnes. Curi duit cara macam ini.
“Malaysia Airports, anda hebat berniaga tetapi ingat saya tak halalkan cara anda.. Airport Malaysia pandai curi, Airport kejam.”
Di ruangan komen pihak KLIA menjawab tentang perkara itu. Menurut KLIA, tempat yang digunakan oleh lelaki itu adalah zon drop off atau tempat menurunkan penumpang.
Di mana selepas menurunkan penumpang, sesebuah kereta itu harus terus beredar. Ianya bukan zon parkir. Tetapi zon tersebut sudah dipasang dengan Vehicle Access Management System (VAMS), bagi mengesan mana mana individu yang berada di kawasan tersebut melebihi 10 minit.

Respon KLIA
KLIA berkata: “Hai, untuk makluman, Vehicle Access Management System di KLIA bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik dan memudahkan perjalanan penumpang dengan melaksanakan had masa bagi penghantaran dan pengambilan penumpang.”
KLIA juga mencadangkan kepada lelaki tersebut agar menggunakan kawasan parkir atau kawasan menunggu untuk orang awam.
KLIA menambah: “Bagi mereka yang memerlukan masa tambahan, kami mencadangkan pilihan berikut: Pertamanya di T1, untuk parkir masa singkat, 15 minit pertama adalah percuma.
“Seterusnya adalah kawasan parkir untuk tempoh lama, di mana 30 minit pertama adalah percuma.
“Ketiga adalah di kawasan menunggu untuk orang awam [public waiting area] – ianya adalah percuma.
“Terima kasih atas kerjasama anda.”

Pandangan netizen
Netizen yang lain menyatakan bahawa, sebenarnya kos yang dibayar oleh lelaki tersebut adalah denda untuk lebih masa. Kerana kawasan tersebut hanya dihadkan kepada 10 minit sahaja untuk menunggu di situ.

Seterusnya, ada juga yang mengingatkan pengguna lain yang mahu menggunakan zon drop off atau pick up tersebut, bahawa mereka tidak boleh melebihi masa, kerana tindakan tegas akan diambil.

Netizen yang lain menganggap hantaran tersebut memang sengaja mengundang kecaman. Kerana zon drop off memang tempat untuk menurunkan penumpang dan terus berlalu, ianya bukan tempat parkir.
Yang lain memuji kaedah ini digunakan untuk mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut. Netizen menulis: “Nak lama lama, peluk cium, drama, boleh parkir dahulu, bukannya mahal, 1 jam baru berapa ringgit sahaja. Ini sampai 34 minit, memang sah jenis bersidai di tempat drop off itu.”

Seorang lagi meminta lelaki itu bermuhasabah balik ketika dia menyatakan tidak mahu menghalalkan cara KLIA dan Malaysia Airports dalam berniaga. Ini kerana menurut netizen tersebut, lelaki tersebut jelas sudah melanggar syarat ‘drop off’.

Ada juga yang berkongsi bahawa mereka baru sahaja menggunakan zon tersebut tanpa sebarang masalah dan ada papan tanda peringatan.

KLIA sebelum ini sudah mengumumkan tentang perlaksanaan VAMS di kawasan menurunkan penumpang. Dan hasil daripada ujian dijalankan selama 3 bulan mendapati berlaku penurunan daripada 50% kepada 21% kadar pemandu yang menurunkan penumpang melebihi 10 minit.
Dalam kenyataan Malaysia Airports pada Mac, 2025 lalu, pihak mereka berkata: “Tahukah anda bahawa lebih 5,000 kenderaan e-hailing menghantar penumpang ke KLIA Terminal 1 setiap hari?
“Pasukan kami sedang menjalankan misi untuk mengurangkan kesesakan di lorong turun penumpang. Kami sedang mencuba beberapa penyelesaian bagi mengarah aliran trafik dengan lebih teratur, supaya pengalaman turun penumpang menjadi lebih lancar.
“Kami juga sedang bersedia untuk menambah baik aliran trafik di kawasan Ketibaan, agar urusan mengambil penumpang menjadi lebih mudah.