Manchester City sekali lagi keciciran mata pada aksi EPL – merencatkan usaha mereka mengejar Arsenal di puncak liga.
Pada aksi yang berlangsung di Etihad, Man City mempersia siakan pendahuluan 1 gol menerusi penalti Erling Haaland, apabila mereka terikat seri 1-1.
Skuad Pep Guardiola sekali lagi tidak cukup tajam di barisan serangan.
Erling Haaland meletakkan Man City di hadpaan selepas pasukannya diberikan sepakan penalti lewat separuh masa pertama.
Ianya adalah gol liga ke-20 oleh Haaland musim ini.
Erling Haaland scores his 20th goal of the Premier League season 🧘♂️ pic.twitter.com/td6z9MnXwy
— B/R Football (@brfootball) January 7, 2026
Namun pada separuh masa kedua, Man City bergelut untuk mendapatkan gol kedua. Akhirnya mereka dihukum oleh Brighton menerusi gol cantik Kaoru Mitoma.
Di mana pemain antarabangsa Jepun itu diberikan ruang yang cukup besar untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti. Dia meleretkan bola dan tepat masuk menewaskan Donnarumma.
Haaland mendapat 2 peluang keemasan selepas itu. Salah satunya daripada peluang yang dicipta oleh Ryan Cherki di hadapan gol. Namun dia gagal menyempurnakannya.

Pada lewat perlawanan Erling Haaland sekali lagi berpeluang mencetak gol kemenangan City, namun rembatannya dihadang pertahanan lawan.
Tamat perlawanan, Man City 1 Brighton 1. Kini City 5 mata di belakang Arsenal.
Skuad Mikel Arteta berpeluang menjarakkan diri 8 mata jika mereka menewaskan Liverpool pada hari ini.
Sementara Fabian Hurzeler kekal tanpa kalah dalam 4 pertemuan EPL terakhir menentang Guardiola.
4 – Brighton's Fabian Hürzeler remains unbeaten against Pep Guardiola's Manchester City side in the Premier League (W2 D2) – becoming the first ever manager to avoid defeat in each of his first four top-flight meetings with the Spaniard. Impressive. pic.twitter.com/O2SoLR0ODy
— OptaJoe (@OptaJoe) January 7, 2026