Pada hari semalam, aktor senior tempatan Zizan Nin mencuri perhatian media sosial apabila penampilannya yang sangat berbeza dalam satu podcast.
Ramai warganet memperlekeh imejnya yang sudah ‘kurang tampan’ berbanding ketika beliau aktif berlakon.
Baca Juga:
- Dikatakan Kaya Tapi Tiada Cef Peribadi? Cik B ‘Savage’ Balas Sindiran Netizen

- Aplikasi Jadi ‘Mata’ Untuk Golongan OKU, Kisah Wanita Mahu Ke Temuduga Ini Runtun Hati Netizen

- ‘Sempit Untuk Kereta Biasa, Kereta Mewah Lagilah’ – Netizen Persoal Saiz ‘Parking’ Sebelah Rembayung

Namun beliau kekal tenang dan positif memberi respon kepada warganet.
“Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding info yang saya kongsikan dalam podcast.
“Respon saya begini – Saya menua dengan bermaruah, sejajar dengan usia. Kita semakin menua, bukan muda. Semoga terus sihat dipanjangkan usia dan jadu warganegara yang berguna,” petik respon Zizan Nin di platform Threads.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 52, berkata, dia kini berada pada fasa matang dan seiring dengan peningkatan usianya, petik Harian Metro.
“Saya tiada apa yang nak diubah sama ada suntikan botox atau pembedahan kosmetik.
“Alhamdulillah, dipanjangkan usia dan kekal sihat pun, saya sangat bersyukur,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama dia tidak melatah dengan ‘reaksi negatif’ daripada netizen.
“Saya okay saja dan berasa lucu juga serta tak ada rasa emosional pun. Itu hak masing-masing menggunakan platform mereka.
“Terpulanglah, apa yang ditulis kerana ia sebaliknya mencerminkan mentaliti dan peribadi individu itu sendiri,” katanya.
Apabila ditanya mengapa Zizan Nin sudah jarang berada di layar, jelasnya dia kini fokus kerja-kerja di belakang tabir.
“Saya kini banyak buat kerja belakang tabir dan kerap di undang sebagai panel penilai dan pensyarah jemputan untuk berkongsi ilmu pengalaman dalam industri seni tanah air.
“Beri peluang lah pada hero baru untuk pertaruhkan bakat mereka supaya kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang seni,” katanya.