Pada hujung minggu lalu, penggerak utama Geng Subuh Macam Jumaat, Alif Satar mengejutkan peminat permotoran tempatan apabila mendedahkan beliau telah menjadi salah seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi ultra-rare iaitu model Petronas FP1.
Motosikal itu sangat istimewa kerana ia dibangunkan oleh Petronas bersama Sauber Petronas Engineering untuk MotoGP, sebelum dialihkan ke Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada tahun 2003 melalui pasukan Foggy Petronas Racing.
Baca Juga:
Baru-baru ini tular satu video sebuah Petronas FP1 untuk dijual menerusi The Bike Specialist, pengedar motosikal di UK yang terkenal dengan koleksi motosikal mewah.
@the.bike.specialists An ultra-rare opportunity. A road-registered Petronas FP1, number 17 of just 150 — a true race-bred homologation special that can actually be ridden on the road. Serious collectibility, once-in-a-lifetime rarity. Full dealer facilities Competitive finance options available £43,999
“Sata peluang yang amat luar biasa. Sebuah Petronas FP1 versi jalanan yang berdaftar, nombor 17 daripada hanya 150 unit.
“Jentera khas homologasi asli baka perlumbaan yang benar-benar boleh ditunggang di jalan raya. Mempunyai nilai koleksi yang tinggi, satu keunikan yang mungkin hanya ditemui sekali seumur hidup,” petik The Bike Specialist.
Harga yang ditawarkan adalah £43,999 (RM240,447) sahaja. Namun jika anda mahu membawanya pulang ke Malaysia, sudah pasti anda perlu siap sedia dengan kos-kos tambahan lain.
Motosikal ini berkategori ultra-rare kerana untuk memenuhi syarat homologasi, sebanyak 150 unit versi jalanan telah dihasilkan—75 unit di United Kingdom dan 75 unit lagi oleh Modenas di Malaysia.
Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Petronas FP1 yang pernah kami kongsikan 12 tahun lalu di sini.