Bila sebut Rolls Royce, semua tahu betapa mewahnya jenama kereta buatan Britain ini yang boleh mencecah jutaan ringgit. Selain kereta, terdapat barangan gaya hidup lain yang ditawarkan di bawah jenama mewah berkenaan.

Terbaharu, penyanyi dan pelakon iaitu Alif Satar telah membeli sekaki payung berjenama Rolls Royce yang berharga RM5,000 yang mana meraih perhatian netizen.

Baca Juga:

Perkara itu telah didedahkan oleh usahawan, Asyraf Khalid yang mana pada ketika itu menyertai acara pelancaran kereta elektrik pertama Rolls Royce di Malaysia baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Alif kelihatan sangat berpuas hati dan menyatakan beliau hanya mampu memiliki payung dari jenama mewah itu sahaja buat masa ini.

Dapat dilihat payung berwarna oren itu tampil menonjol dengan pemegang yang berwarna perak diperincikan bersama simbol Rolls Royce padanya.

Untuk makluman, payung ikonik Rolls Royce ini sebenarnya didatangkan secara percuma buat semua kereta yang dibeli oleh para pelanggannya di mana boleh disimpan pada bahagian tepi pintu dengan mudah. Tetapi ia juga dijual berasingan kepada mereka yang berminat dengan jenama kereta mewah itu.

@tunasyrafkhalid

@alifsatar beli payung RM 5000? Steady broo

♬ Cornfield Chase – Hans Zimmer

Sementara itu, majoriti netizen memuji akan perwatakan alif yang merendah diri meskipun sudah bergelar orang kaya. Malah, ada yang mendoakan agar Alif boleh memiliki kereta mewah jenama itu pada masa kelak.