Hari ini Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan rasuah berkait dana Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut AGC, penamatan muktamad kes berkenaan selaras dengankuasa serta budi bicara Peguam Negara bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan, petik Harian Metro.
Baca Juga:
- Ahmad Zahid Hamidi Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Daripada 47 Pertuduhan Kes

- Zahid Hamidi Bersyukur Kebenaran Ditegakkan Selepas Dibebaskan Daripada 40 Pertuduhan Rasuah

- Senarai Pendakwaan Yang Dikenakan Ke Atas Zahid Hamidi Melibatkan Rasuah Bernilai RM21.5 Juta

Zahid memuat naik satu hantaran Facebook meluahkan rasa bersyukur kes tersebut berakhir dengan kebenaran.
‘Syukur Alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,’ petik hantaran Facebook Zahid Hamidi.
Terdahulu, AGC menjelaskan keputusan diambil berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan memastikan kepastian dan ketelusan sistem keadilan jenayah.