Keputusan penuh Pilihan Raya Umum Ke-15 masih belum dapat diketahui. Bagaimanapun, melihat kepada jumlah kerusi, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional nampaknya sedang bersaing dengan hebat, manakala Barisan Nasional seolah-olah sudah tercicir jauh.
Melalui pemerhatian The Vocket di laman media sosial, tanda pagar #ZahidHamidiLetakJawatan kini mula tersebar di laman media sosial terutamanya Twitter.
Baca Juga:
- PRU15: TNB Laporkan Gangguan Elektrik Di Kolej Vokasional Gombak
- PRU15: Berang ‘Didaftarkan’ Sebagai Pengundi Pos, Wanita Ini Protes Tidak Mahu Beredar Dari Pusat Undi
Salah seorang pengguna Twitter yang juga Exco Barisan Nasional, Ali Amir Razali menyuarakan rasa tidak puas hati beliau kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang baginya cuba untuk ‘menyelamatkan diri sendiri’.
Nak selamatkan diri, gadaikan parti. Puas hati?#ZahidLetakJawatan https://t.co/kVpKErECbv
— Ali Amir Razali 🇲🇾🍉 (@aliamirrazali) November 19, 2022
Sila undur diri. Orang bawah penat bekerja nak raih kepercayaan, sebagai presiden gagal bawa kepada kemenangan parti. #ZahidLetakJawatan https://t.co/1oiZmUELTA
— Mellya Azizi 🇲🇾 (@mellyazizi) November 19, 2022
— Solehin Official 🇲🇾 | ⚖️ | (@OfficialSolehin) November 19, 2022
Mutual UMNO punya akaun banyak retweet suruh Zahid letak jawatan. Insurrection hanya bila dia sudah tersungkur, 🦽.
— Mior Naqiuddin (@orenlogi) November 19, 2022
Ramai kawan kawan aku yg first time undi, support je BN,
Tapi dorang benci pada @DrZahidHamidi .Kalau BN betul betul nak berubah, kita orang muda BN kena #BuangZahid #ZahidLetakJawatan #UndurZahid pic.twitter.com/L9C94qnqS1
— Nik Zulhilmi (@nikzulhilmi) November 19, 2022
Setakat laporan ini ditulis, BN ketinggalan jauh selepas hanya mengutip 14 kerusi. Lawan mereka PN mendahulu PH.
Mereka yang mendesak Zahid untuk meletak jawatan adalah penyokong tegar BN dan pemengaruh media sosial. Kebanyakan mereka merasakan bahawa Barisan Nasional ketinggalan jauh di bawah kepimpinan Zahid.
Bagaimanapun, keputusan rasmi PRU15 ini masih belum dikeluarkan. Dan apabila kita bercakap soal politik, apa sahaja boleh berlaku.