Adakah anda sudah memiliki kediaman atau lebih memilih untuk menyewa rumah? Jika anda mempunyai harapan untuk memiliki kediaman sendiri, jangan putus asa merealisasikan impian anda itu.
Terbaharu, seorang pengguna platform X iaitu Zafran Mustafa telah berkongsi 5 tip untuk anda berjaya memiliki rumah pertama.
Baca Juga:
- 10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun
- 11 Perkara Perlu Dipertimbang Sebelum Anak Muda Beli Rumah Pertama
- Wanita Ini Beli Rumah Pertama Dan Membaikinya Sendiri Selepas Baru 11 Bulan Bekerja Hasil Daripada Kekuatan Hatinya
1/5 TIPS BELI RUMAH PERTAMA:
‘Kumpul duit untuk deposit’
Amalkan konsep tiga monyet:
‘see no evil, hear no evil, speak no evil’.Member beli tudung dUCk, buat tak nampak. Member ajak shopping, buat tak dengar. Member kata kau selekeh, mommy sabar jer.
Amalkan setahun dua.
— zafran | takafulexpert | weddingtemplate (@zafranmustafa) March 3, 2024
1. Kumpul duit untuk deposit
Amalkan konsep tiga monyet ‘see no evil, hear no evil, speak no evil’.
Kawal nafsu berbelanja anda untuk kumpul deposit rumah dalam masa setahun dua.
2. Periksa kelayakan pinjaman
Apabila sudah ada deposit, periksa kelayakan pinjaman dengan bank. Pastikan status kewangan anda cantik.
Kemudian, pilih lokasi tetapi pastikan realistic. Kalau tidak mampu duduk dalam kawasan Kuala Lumpur, boleh pilih lokasi jauh sikit tetapi pastikan ada kemudahan awam.
3. Beli rumah apabila sudah bersedia
Jangan beli rumah sebab terikut kata orang. Jika tersangkut bayar ansuran rumah pada bank, orang nak bayarkan ke?
Ikut kemampuan anda, tidak hina menyewa dulu tetapi pastikan menyimpan sambil menyewa. Set realistic goals.
4. Ambil masa
Berilah masa tiga ke lima tahun selepas bekerja untuk kumpul deposit beli rumah.
Dalam suasana ekonomi yang tak menantu sekarang, macam-macam boleh jadi dimana harga rumah boleh jadi makin mahal atau jadi makin murah. Fokus untuk simpan duit dulu.
5. Jangan tersilap langkah
Pembelian rumah akan jadi perbelanjaan terbesar yang akan kita buat sepanjang hidup (35 tahun). Jangan tersilap langkah.
Instalment RM1200/sebulan memang tidak mahal tetapi dengan syarat ada sumber duit yang tetap.
Buat anda yang mahu memiliki rumah pertama, pastikan anda fahami tips ini sebelum ke langkah seterusnya iaitu proses pembelian. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua!