Memiliki kenderaan sudah menjadi keperluan buat sebahagian individu di Malaysia. Selain itu, sudah menjadi impian ramai untuk memiliki kenderaan yang selesa dan bergaya.

Dalam pada itu, terdapat individu yang memilih untuk tidak berbelanja besar mendapatkan kereta baharu, sebaliknya mendapatkan kereta terpakai kerana mempunyai nilai yang lebih rendah berikutan penyusutan nilai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian TikTok @zuuk, beliau telah berkongsi bagaimana beliau berjaya memiliki Honda Civic ‘Ketam’ 1.8 di bawah harga pasaran.

@zuuk

story aku beli kereta dari direct owner, dapat harga below market kaw kaw #civicfc

♬ Intro sampai jadi debu piano – 🎹 Aji

Menurutnya, beliau memulakan pencarian dengan memaklumkan dalam Facebook group kereta Honda Civic mengenai hajatnya untuk membeli Honda Civic 1.8 atau 1.5 tahun 2020 dan keatas.

Tidak sampai 24 jam perkongsian dibuat, beliau telah menerima puluhan komen daripada mereka yang mahu menjual Honda Civic mereka.

Walau bagaimanapun, beliau mendapati kebanyakan penjual tersebut berada jauh daripada kawasannya, Kulim sehinggalah beliau menerima respon daripada seorang penjual yang memaklumkan mahu menjual Honda Civic dan berada sekitar Padang Serai sahaja.

Dalam pada itu, beliau dimaklumkan penjual tersebut bahawa kereta tersebut sepatutnya bakal ditolak kepada sebuah syarikat yang menjual kereta terpakai dengan harga yang sangat rendah.

Mengetahui jarak penjual dengan dirinya yang tidak jauh, beliau terus ke lokasi penjual untuk melihat dengan lebih dekat kereta yang mahu dibeli.

Lelaki ini seterusnya telah mencuba kereta tersebut sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan kereta Honda Civic FC 1.8 tersebut pada malam tersebut juga.

Dalam usaha untuk membantu penjual tersebut, beliau telah memilih untuk menawarkan harga yang sedikit tinggi daripada apa yang ditawarkan syarikat jual beli kereta terpakai.

Menurutnya harga yang ditawarkan masih lagi di bawah harga pasaran namun apa yang beliau suka adalah kereta yang dibeli merupakan tahun 2022 di mana model ini masih lagi mempunyai waranti rasmi daripada Honda Malaysia.

Selain itu, beliau difahamkan pihak syarikat kenderaan terpakai itu sudahpun membuat inspection bagi kereta tersebut.

Apa yang perlu diketahui sebelum membeli kereta terpakai

Berdasarkan perkongsian lelaki ini, membeli kereta terpakai membolehkan pengguna berjimat puluhan ribu daripada membeli kereta model baharu.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang pengguna tidak mempunyai ilmu mengenai kereta, membeli kereta terpakai mempunyai risiko tersendiri di mana pengguna mungkin menerima sebuah kereta yang mengalami masalah atau pernah ditenggelami air banjir.