Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR berjaya menawan Parlimen Tambun menewaskan lawan beliau Ketua Umno Bahagian Tambun Aminuddin Md Hanafiah, yang bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN); Abdul Rahim Tahir dari Pejuang; dan penyandangnya Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN), lapor NST.

Kerusi ini menjadi perhatian pengundi apabila Anwar mengambil langkah berani dengan hadir ke kubu kuat Ahmad Faizal yang memenanginya pada PRU14 atas tiket PH dengan 38,661 undi, menewaskan dua lagi calon BN dan PAS untuk menang dengan majoriti 5,320 undi.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu temu bual bersama media pada hari penamaan calon pada 5 November lalu, Anwar berkata beliau bersedia menawarkan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat Tambun.

“Kami di sini untuk menawarkan alternatif untuk program dan dasar ekonomi, dan saya fikir ia memberi kelebihan tambahan kepada kami,” katanya.