Rodrigo Holgado antara 7 bintang warisan Harimau Malaya yang digantung oleh FIFA.
Dipetik daripada laporan Zulhelmi Zainal Azam, media antarabangsa Bambino Quintero menyatakan bahawa pemain tersebut tidak pasti sama ada dia akan terus bermain lagi ataupun bersara.
Holgado ketika ini masih berharap agar rayuan FAM di CAS akan diterima dan hukuman ke atas mereka dikurangkan atau mungkin dibatalkan.
Zulhelmi Zainal Azam berkata: “Digantung FIFA, Rodrigo Holgado kini di persimpangan antara comeback atau goodbye dengan media antarabangsa melaporkan penyerang Harimau Malaya itu dalam pertimbangan serius untuk bersara.”
Digantung FIFA, Rodrigo Holgado kini di persimpangan antara comeback atau goodbye dengan media antarabangsa melaporkan penyerang Harimau Malaya itu dalam pertimbangan serius untuk bersara. 🔜👋🏼@ASTROARENA pic.twitter.com/0C0k6x4F3A
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 13, 2026
Sebelum ini FIFA memtuskan untuk menghukum FAM dan 7 pemain warisan Harimau Malaya atas pertuduhan memalsukan dokumen.
Kesemua 7 pemain dikenakan larangan terlibat aktiviti bola sepak selama 12 bulan oleh FIFA dan turut dikenakan sejumlah denda.
Rayuan telah dibuat oleh FAM, namun FIFA konsisten menolak rayuan tersebut.
Masih percaya bahawa mereka di pihak yang benar, FAM telah memutuskan untuk mencabar keputusan penghakiman FIFA di CAS.