Chelsea turut akan menerima manfaat besar hasil perpindahan pemain pertahanan, Marc Guehi ke Manchester City.
Kelab London Barat itu dijangka meraih keuntungan kewangan hasil perpindahan hampir pasti Guehi ke City selepas memasukkan klausa jualan semula ketika pemain tersebut menyertai Crystal Palace pada 2021.
Baca Juga:
- Here We Go: Marc Guehi Ke Manchester City Dengan Harga £20 Juta Sahaja

- Oliver Glasner: ‘Guehi Boleh Sertai Man City Jika Tawaran Memuaskan’

- Ini Barisan Pemain Bola Sepak Terkenal Yang Akan Tamat Kontrak Pada Jun 2026

Pertahanan tengah berusia 25 tahun itu dijangka melengkapkan perpindahannya ke Stadium Etihad dalam beberapa hari akan datang dengan Manchester City bersetuju membayar yuran perpindahan sebanyak £20 juta bagi mendapatkan khidmatnya.
Malah, Oliver Glasner turut mendedahka bahawa tonggak utamanya itu tidak menyertai pasukan ke Stadium of Light untuk berhadapan dengan Sunderland.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian asal yang menyaksikan Guehi berpindah dari Stamford Bridge ke Selhurst Park, Chelsea memasukkan klausa yang melayakkan mereka menerima 20 peratus daripada sebarang yuran perpindahan pada masa hadapan.
Klausa tersebut bermakna Chelsea dijangka menerima sekitar £4 juta sebaik sahaja perpindahan itu dimuktamadkan, lebih empat tahun selepas beliau meninggalkan kelab berkenaan.
Hal ini kerana tanda harga diletakkan Manchester City bagi mendapatkan Guehi adalah bernilai £20 juta.
Pep Guardiola Cepat Sambar Marc Guehi
Kehadiran beliau amat penting buat Pep Guardiola untuk memantapkan pasukannya dalam usaha terus memberikan tekanan hebat kepada pendahulu English Premier League (EPL) 2025/26, Arsenal.
Guardiola kehilangan khidmat dua tonggak pertahanannya iaitu Ruben Dias dan Josko Gvardiol yang sekali gus memaksa pengganti baharu amat diperlukan The Cityzens.
Selain kehadiran pemain skuad kebangsaan England itu bakal dimuktamadkan dalam tempoh terdekat, Manchester City turut memanggil semula pemain muda, Max Alleyne yang dipinjamkan ke Watford.