Suasana luar biasa di Santiago Bernabeu semalam apabila penyokong Real Madrid mengibarkan mafla dan sapu tangan putih tanda protes kepada pemain, termasuk Arbeloa sekali.
Real Madrid menang 2-0 ke atas Levante pada aksi tersebut. Namun begitu, tumpuan beralih ke arah amarah di Bernabeu oleh penyokong Real Madrid kepada pemain mereka sendiri.
Penyokong Real Madrid jelas rata rata berada di belakang Xabi Alonso dan tidak suka dengan kuasa pemain yang dianggap terlalu tinggi di kelab itu.
Peminat masih tak puas hati dengan aib ketika disingkirkan kelab divisyen bawahan dalam Copa Del Rey dan kekalahan di tangan musuh tradisi Barcelona pada aksi Supercoppa Sepanyol.
Walaupun Real Madrid mencipta banyak kejayaan dengan nama nama bintang seperti Vinicius Jr, Jude Bellingham dan ramai lagi pemain senior, namun penyokong tetap kecewa dengan sikap pemain yang dianggap terlalu manja dan diva.
Peminat mengingatkan pemain bahawa mereka tak akan pernah lebih besar daripada kelab. Peminat bersiul dan menge-boo pemain mereka.
Real Madrid players were booed by their own fans before the match against Levante. (@marca) pic.twitter.com/F3lSKqqIkO
— EuroFoot (@eurofootcom) January 17, 2026
Ketika aksi berlangsung, 3 pemain yang paling teruk menerima siulan dan ejekan peminat Madrid ialah, Fede Valverde, Vinicius Jr dan Jude Bellingham, yang dianggap antara pemain yang memberontak ketika di bawah pengurus Xabi Alonso.
Real Madrid Fans are not happy
They are loudly booing every touch made by their own players in Santiago Bernabeu Stadium.
Mostly Vini, Fede, & Jude #RealMadrid #HalaMadrid pic.twitter.com/dzM6GJ2Bp5
— The Wealth Wizard (@Wealth_WZRD) January 17, 2026
Paling mengejutkan, Alvaro Arbeloa turut menerima ejekan daripada peminat, ketika nama dan gambarnya dipaparkan pada skrin. Peminat mulai menge-boo Alvaro Arbeloa.
Sebelum perlawanan kelab memberikan amaran kepada peminat bahawa kelakuan mereka akan dipantau oleh kamera di sekitar stadium. Peminat yang bertindak mengejek atau mengeboo pemain boleh dikenakan tindakan.
Perkara itu menghangatkan lagi keadaan. Di mana peminat tidak peduli dengan amaran itu, malah mereka mulai mendesak Florentino Perez meletakkan jawatan.
“Floretino letak jawatan,” kedengaran bergema.
The Real Madrid fans are chanting "Florentino Perez, resign" at the Bernabeu. pic.twitter.com/RfkBQKNyZy
— Football Tweet ⚽ (@Footballtweet) January 17, 2026
Vinicius Jr kelihatan kecewa dan terus beredar tanpa menyantuni peminat mereka selepas wisel penamat.
Sebelum sepak mula, Vinicius dilaporkan sedih dan hampir menangis kerana diejek peminat sendiri ketika melakukan warming up.
🚨 Vinícius Jr was very sad and emotional after hearing the fans boo his name.
Mbappé and Pintus were consoling him. pic.twitter.com/7i3btTg5JH
— Madrid Zone (@theMadridZone) January 17, 2026