Bekas kapten Chelsea, John Terry, yakin bahawaa bekas rakan sepasukannya di skuad England, Michael Carrick baru sahaja membangkitkan Manchester United.
John Terry yang juga peminat Man United benar benar gembira melihat prestasi Man United ketika menewaskan Man City semalam.
Menurutnya: “Inilah Manchester United yang saya kenal dahulu.”
Man United menang 2-0 ke atas Manchester City menerusi gol Bryan Mbeumo dan Patrick Dorgu.
Terry berkata di X: “Ini barulah macam United yang dahulu. Menyerang – free flowing football, laju di bahagian serangan.”
John Terry turut memuji impak Maguire yang menurutnya menjadikan Man United lebih bagus. Walaupun pemain itu kembali dalam perlawanaan yang sangat sukar.
Terry menambah: “Dan juga, Man United pasukan lebih bagus dengan adanya Harry Maguire kembali ke dalam skuad hari ini.”
“Saya tak pasti perlawanan mana lebih sukar untuk kembali semula, bermain di derbi Manchester, berdepan penyerang terbaik dunia, Erling Haaland.
“Maguire sangat bagus di dua box [pertahanan dan ketika menyerang], sangat selesa mengawal bola.
“Saya lihat dia dalam 10 minit lalu, dia melakukan hantaran jauh, dan sangat selesa dengan bola tu.”
“Dengan prestasi macam ini, Harry Maguire wajib berada dalam pesawat ke Piala Dunia. Aku cakap awal awal di sini.”
🚨📸 John Terry on IG: “What a performance from this man today @HarryMaguire93 Get him on the ✈️ ⚽️” #MUFC pic.twitter.com/cqDHsQOTt6
— Manchester United Forever (@UtdForever7) January 17, 2026
Terry memuji Michael Carrick yang berjaya membangkitkan Man United. Dan dia yakin bahawa United seperti sedang bangkit semula untuk menjadi ‘raksasa’ yang dikenali dahulu.
Terry menegaskan: “Persembahan sangat luar biasa daripada Man United hari ini di bawah Michael Carrick yang bertukar menjadi Cantona sepenuhnya, dengan kolar jaket dia naik ke atas.
“Sangat gembira melihat Carrick mendapat peluang. Steve Holland membantunya, sudah tentunya Man United seperti dah kembali seperti United yang dulu, laju.
“Man United, dengan ada Sir Alex Ferguson di sana, iaanya persembahan yang hebat hari ini.”
🚨 John Terry:
“Manchester United is a such a better team with Harry Maguire back in the squad. On this form Harry has to be on the plane to the world cup. You heard it here first” pic.twitter.com/L7wYDd5r6d
— Klay (@UtdKlay) January 17, 2026