Pasukan Bangsa Bola muncul juara kejohanan Liga X 7v7 All Stars yang berlangsung di Stadium KLFA, Cheras baru-baru ini.

Pasukan Bangsa Bola Dan Wizards mengakhiri peringkat kumpulan di kedudukan kedua terbaik sekaligus melayakkan diri ke final.

Baca Juga:

Bangsa Bola Kalahkan Wizards

Skuad yang diketuai oleh John Terry mendominasi perlawanan dengan baik dimana Sean Selvaraj menyinar dengan menjaringkan beberapa gol.

Bangsa Bola
Team Wizards

Bekas pemain Selangor dan Sri Pahang itu turut muncul sebagai penjaring terbanyak, pemain terbaik dan turut tersenarai dalam barisan 7 pemain terbaik kejohanan.

Kemenangan berpihak kepada pasukan Bangsa Bola dengan keputusan 6-2 sekaligus mengangkat kejuaraan Liga X 7×7 All Stars 2025 pada edisi pertama dianjurkan.

Pasukan Wizard yang dikendalikan oleh YB Khairy Jamaluddin sambil dibantu lagenda Manchester United, Ryan Giggs muncul sebagai naib juara.

Bangsa Bola
Team Harimau
Bangsa Bola
Team Zurich

Dua lagi pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan edisi pertama kali ini ialah pasukan Harimau diketuai oleh lagenda Malaysia iaitu Safee Sali Dan mastermind Tony Fernandes.

Pasukan Zurich pula diketuai Dimitar Berbatov dan mastermind Junior Cho.