Streamer, IshowSpeed tergamam dan terkejut apabila mengetahui masih ada negara yang berada 8 tahun di belakang.
IshowSpeed melawar negara Ethiopia dalam jelajah Afrikanya kali ini. Dan dia terkejut apabila dimaklumkaan bahawa negara itu masih berada di tahun 2018.
Speed segera berkata: “Itu bermakna Cristiano Ronaldo masih di Real Madrid?”
Kenapa negara Ethiopia masih 2018?
Kebanyakan dunia telah menggunakan struktur kalendar yang sama selama hampir setengah milenium, apabila kalendar Gregory yang mengikut corak 12 bulan setahun diperkenalkan seawal tahun 1582.
Ethiopia menggunakan Kalendar Ge’ez (Kalendar Ethiopia) yang berasaskan kalendar Kristian awal, bukannya sistem Gregory yang diperkenalkan pada 1582.
Kalendar mereka malah ada 13 bulan dalam setahun. Dua belas bulan daripadanya mempunyai 30 hari tepat, manakala bulan ke-13 yang lebih kecil, dikenali sebagai Pagume, mempunyai lima hari (atau enam hari pada tahun lompat).
Akibatnya, kiraan tahun mereka bermula pada tarikh yang berbeza. Oleh sebab itu, Ethiopia kini masih berada dalam tahun 2018, dan sistem kalendar unik negara itu menyebabkan ia ketinggalan berbanding struktur Gregory tradisional.
Namun dari segi kehidupan mereka bukanlah berada di garis masa yang berbeza dengan negara lain di dunia.
Ianya tidak ubah seperti mana negara negara Islam yang menggunakan kalendar Hijrah yang berbeza tahunnya dengan kalendar Gregory.
“Apa? 2018? Kita dalam 2018? Korang serius?” kata personaliti media sosial itu, jelas tidak dapat memahami bagaimana tahun tersebut boleh berbeza — dan mungkin anda juga tertanya-tanya soalan yang sama.
Kemudian, mereka di situ memberitahu Speed: “Kamu 7 tahun lebih muda, dan kamu adalah pengembara masa sekarang,” kata mereka sambil berseloroh.
IshowSpeed membalas: “Bermakna, Fortnite baru keluar, dan Ronaldo masih di Real Madrid?”
Speed was shocked after finding out Ethiopia is 8 years past and that they are still in 2018 😭🇪🇹 pic.twitter.com/XBsXySQAz6
— Speedy Updates (@SpeedUpdates1) January 13, 2026
Dia meneruskan: “Jadi saya berusia 13 tahun sekarang ini, saya kena pergi ke sekolah.”
Sebagai tambahan, Ethiopia menyambut permulaan tahun pada bulan September, bukannya berdasarkan penetapan semula kalendar Gregory setiap Januari. Disebabkan itu, kalendar Ethiopia berada tujuh hingga lapan tahun di belakang kebanyakan negara lain di dunia.
Jadi, walaupun kebanyakan negara telah memasuki tahun 2026 hampir dua minggu lalu, Ethiopia sebenarnya baru melepasi separuh awal tahun 2018, dengan sebahagian besar tahun tersebut masih belum dilalui.
Sistem ini digunakan dan diikuti oleh setiap individu serta pihak berkuasa di Ethiopia. Oleh itu, jika anda merancang untuk melawat atau menetap di negara tersebut, ia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.
Namun dengan adanya teknologi yang canggih hari ini, ianya banyak membantu mereka untuk mengetahui kalendar tahun di negara lain.