Bos Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali bin Mydin Mohamed tampil mendedahkan alasan kenapa barangan di pasaraya itu tidak ada satu pun berjenama Mydin.
Beliau berkongsi perkara tersebut dalam satu siaran podcast, di mana menurutnya, isu jenama itu sendiri menjadi perkara penting buat pembeli mereka.
Walaupun dua barangan yang sama, kualiti yang sama dengan material atau fabrik yang sama, malah tukang jahit yang sama, harga di Mydin lebih murah daripada yang ditawarkan penjual di luar.
Terutama sekali produk seperti baju yang sudah dipakai oleh pempengaruh.
Datuk Ameer Mydin dalam siaran podcast berkata: “Ramai orang berbelanja pada jenama. Kamu pergi ke sesuatu kedai sebab influncer pakai.
“Misalnya ketika tengok baju Melayu-Raya. Mereka membeli sebab sudah ada beberapa orang memakainya, pengaruh daripada TikTok.
“Baju Melayu RM150 pun ada, RM250 dan RM300 pun ada dapat samping percuma, yang nilainya RM10. Dapat butang baju Melayu percuma, yang nilainya RM2.
“Mereka tidak peduli dengan harga itu, kerana mereka membayar sebab jenama, kerana pempengaruh A, pempengaruh B memakainya.

“[Cuba] pergi dekat Mydin, baju itu hanya RM69. Baju dengan kualiti yang sama, kain yang sama, kilang yang sama dan tukang jahit yang sama. Jadi secara langsung ianya produk yang sama.
“Saya tidak bercakap tentang kain sutera, kerana itu mungkin berbeza.”
Kamu akan malu pakai baju berjenama Mydin kata Datuk Ameer Mydin
Seterusnya, Datuk Ameer Mydin faham bahawa orang ramai akan malu memakai baju berjenama Mydin. Oleh sebab itu beliau tidak melabel mana mana produk di dalam Mydin berjenama Mydin.
Beliau menambah: “Misalnya baju batik kamu pakai itu mahal, kamu tak nak pergi Mydin pakai baju Mydin RM59, kamu akan malu.
“Oleh sebab itu, jenama dia pun saya tidak tulis Mydin. Saya tahu kalau beli Mydin, kamu hadiahkan pada dia, dia akan kata: ‘Kedekutnya kau ni, beli Mydin [sahaja].’
“Itulah sebabnya kamu tak akan pernah jumpa, apa sahaja di Mydin ada label Mydin.”
@buatsaja.podcast “Baju Melayu Mydin Tak Sampai RM 50 pun!” Tetamu kali ini adalah Datuk Wira @Ameer Ali Mydin Pengasas Mydin Malaysia Tonton Podcast Penuh Di Channel Merah BuatSaja Podcast #BuatSajaPodcast – Podcast Bisnes & Inspirasi “On the Way” No.1 di Malaysia! #PodcastMalaysia #KisahInpirasi #AmeerMydin #mydinmalaysia