Beberapa hari lepas tular sebuah video dimuat naik oleh seorang wanita memperlihatkan telatah keluarganya yang mencuba sikat di Mydin dan didakwa tidak membuat pembelian selepas itu.
Selepas dikecam teruk oleh netizen, bos Mydin sendiri iaitu Datuk Ameer Ali Mydin tampil membuat teguran ke atas tindakan yang tidak bermoral itu.
“Inilah dia, kita nak suka sikat rambut tapi janganlah dekat Mydin atau kat mana-mana saja. Inikan cerita hygiene (kebersihan), jadi nak menyikat tak salah, tapi belilah sikat tu dulu,” tegurnya di dalam video TikTok terbaharu.
Tidak sekadar mesej pedas, malah bos mydin dalam diam juga menggunakan sikat yang sama seperti yang tular di dalam video itu dan netizen mendapati ini satu perli yang cukup pedas buat individu terbabit.
Video berdurasi 18 saat itu sudah cukup memberikan mesaj yang jelas kepada orang ramai untuk tidak mengulangi perkara itu lagi dan menyarankan mereka untuk membeli terlebih dahulu kerana khuatir akan isu kebersihan.
Mana tidaknya, kena kalau seseorang itu ada masalah kutu rambut, sudah berjangkit pula kepada orang lain tanpa pengetahuan mereka.
Selain itu, ada yang memberi cadangan kepada Datuk agar mempertimbangkan untuk bungkus setiap sikat dan meletakkan syarat sekiranya sudah dibuka akan dianggap terjual.
@mydinmalaysia Assalamualaikum & salam hormat, Kami mengambil maklum isu yang tular tersebut. Kami memohon kerjasama semua pelanggan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sensitiviti produk. Sekiranya terdapat sebarang isu atau aduan, sila kepada kaunter khidmat pelanggan atau hubungi kami di talian 1300-30-8786 dengan segera. Terima kasih atas kerjasama anda.
Wanita terbabit bagaimanapun masih mempertahankan tindakannya dan dengan bangga masih membiarkan video yang tular itu terus berada di dalam akaun meskipun sudah dihujani kecama oleh netizen.