Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan kira-kira 100 orang pelarian etnik Rohingya yang berkumpul secara beramai-ramai di hadapan pejabat Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) di Pekanbaru, Indonesia.

Perhimpunan yang berlangsung pada Isnin lalu (19 Januari 2026) itu melibatkan lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang turun ke jalanan demi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap bantuan yang diterima.

Dakwa Bantuan ‘Cukup-Cukup Makan’

Menurut wakil kumpulan tersebut, Muhammad Shobi, bantuan kewangan yang disalurkan oleh pihak antarabangsa didakwa semakin berkurangan sejak tahun 2023. Katanya, jumlah yang diterima sekarang tidak lagi mampu menampung kos sara hidup yang semakin mencanak naik.

Apa yang lebih memeritkan bagi mereka, tempat tinggal kini tidak lagi diberikan secara percuma. Mereka terpaksa menggunakan wang bantuan tersebut untuk membayar sewa rumah yang mencecah sehingga 900,000 Rupiah (~RM215) sebulan.

5 Tuntutan Utama Kepada Pihak Berkuasa

Bukan sekadar berkumpul, kumpulan ini turut membentangkan sepanduk yang mengandungi lima tuntutan utama untuk kelangsungan hidup mereka:-

1. Bantuan kewangan yang lebih tinggi (untuk tampung sewa dan makanan).

2. Akses perubatan segera (rawatan hospital).

3. Pendidikan untuk anak-anak pelarian.

4. Tempat tinggal yang lebih selesa.

5. Kemudahan pengangkutan untuk ke perkhidmatan awam.

“Duit Tak Cukup Nak Beli Susu Bayi”

Muhammad Shobi menjelaskan, bantuan bulanan sekitar 1.05 juta Rupiah (~RM251.05) untuk individu atau 2.3 juta Rupiah (~RM550) untuk keluarga kecil dianggap sangat kecil.

Selepas ditolak bayaran sewa rumah, baki yang tinggal dikatakan tidak cukup untuk membeli keperluan asas seperti susu bayi dan makanan harian.

@pikiranrakyat

Pengungsi Rohingya menggelar aksi unjuk rasa di Jalan M Jamil, kawasan Bandar Serai, Pekanbaru, pada Senin (19/1/2026). Aksi tersebut dilakukan untuk menuntut peningkatan bantuan biaya hidup yang dinilai terus mengalami penurunan dan tidak lagi mencukupi kebutuhan sehari-hari. . Dalam aksi itu, para pengungsi membentangkan sejumlah spanduk yang berisi tuntutan pemenuhan kebutuhan dasar. Mereka mendesak adanya layanan medis yang memadai, peningkatan bantuan tunai, akses pendidikan bagi anak-anak, tempat tinggal yang layak, serta kemudahan transportasi untuk menjangkau layanan publik. . Salah seorang pengungsi menyampaikan bahwa saat ini bantuan bulanan yang diterima sebesar Rp1,05 juta untuk individu, Rp1,7 juta untuk keluarga, dan Rp2,3 juta untuk keluarga dengan satu anak. Menurutnya, jumlah tersebut tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan hidup sehari-hari, sehingga mereka berharap adanya perhatian dan kebijakan baru dari pihak terkait. . Rohingya Pekanbaru

♬ original sound – pikiranrakyat – pikiranrakyat

Suasana demonstrasi di bawah terik matahari itu turut diselubungi emosi apabila ada ibu yang menangis sambil menggendong bayi, merayu agar nasib mereka terbela.

Reaksi Netizen

Sudah pastilah majoriti netizen dari negara jiran meluahkan kemarahan apabila mereka sendiri pun sedang dalam kesusahan untuk menyara kehidupan seharian dan tiba-tiba pelarian yang datang ke negara itu meminta bantuan sewenang-wenangnya.