Laporan Times Higher Education (THE) sering menjadi rujukan utama dalam menilai prestasi universiti-universiti di seluruh dunia, termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia.

THE menilai universiti berdasarkan lima elemen utama seperti pengajaran (Teaching), penyelidikan (Research Environment), kualiti penyelidikan (Research Quality), pendapatan industri (Industry Income / Knowledge Transfer) dan pandangan antarabangsa (International Outlook).

Ia berkemungkinan berbeza dengan penilaian medium lain seperti QS World University Rankings dan ShanghaiRanking (ARWU) yang turut mengeluarkan senarai ranking universiti seluruh dunia.

Setiap elemen ini memberi gambaran berbeza tentang kekuatan dan kepakaran, sama ada dari segi pengajaran yang berkualiti, penyelidikan berimpak tinggi, kerjasama industri atau reputasi antarabangsa.

Dalam kemas kini pada Januari 2026, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Malaya (UM) meningkatkan lagi prestasi sebagai antara universiti terbaik di Malaysia.

18 Universiti Terbaik Di Malaysia Mengikut THE

1) UTP & UM 

Peratusan: 56.4 – 58.6%

Kedudukan ranking dunia: 201 – 250

3) Sunway University & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Peratusan: 51.6 – 54.2%

Kedudukan ranking dunia: 301 – 350

5) Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) & Universiti Utara Malaysia (UUM) 

Peratusan: 46.2 – 49.8%

Kedudukan ranking dunia: 401 – 500

8) Universiti Putra Malaysia (UPM) 

Peratusan: 43.6 – 46.1%

Kedudukan ranking dunia: 501 – 600

9) Management & Science University (MSU),  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) & Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Peratusan: 39.0 – 43.5%

Kedudukan ranking dunia: 601 – 800

13) Mahsa University

Peratusan: 35.5 – 38.9%

Kedudukan ranking dunia: 800 – 1000

14) Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) & Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Peratusan: 32.1 – 35.4%

Kedudukan ranking dunia: 1001 – 1200

*Untuk informasi lebih menyeluruh mengenai segala aspek penilaian setiap IPT ini, anda boleh layari laman sesawang Times Higher Education.