Di media sosial, boleh lihat sejumlah warga Malaysia yang tayang kejayaan mendapatkan pekerjaan di Singapura dengan mudah.

Baru-baru ini, warga Singapura meluahkan kerisuan dengan kemasukan bakat Malaysia yang bekerja secara meluas terutamanya dalam sektor kesihatan di negara itu.

Hal ini susulan dakwaan peluang pekerjaan menjadi semakin terhad dan sangat kompetitif sedangkan rakyat Singapura sendiri mempunyai kelayakan yang sewajarnya namun gagal diterima ke lapangan kerja.

Lebih teruk lagi, wujud persepsi yang anak muda di sana tidak mahu bekerja dengan bayaran yang rendah walhal realitinya ramai bukan seperti yang disangkakan.

“Ramai betul graduan tempatan dan golongan profesional (PMET) kita yang masih menganggur dan susah nak dapat kerja. Tapi peliknya, orang dari luar (macam dari KL/negara jiran) nampak macam senang sangat pula nak dapat kerja dekat sini.

“Nanti mesti ada yang akan cepat-cepat beri alasan: ‘Orang lokal tak nak kerja ni’ atau ‘Orang lokal tak boleh buat kerja ni sebab gaji rendah.’ Seolah-olah semua benda rakyat tempatan kita tak nak buat atau tak reti buat.”

Rakyat Malaysia Punca Warga Singapura Susah Dapat Kerja?
Sumber Gambar: Threads

Tambahnya lagi, walaupun ramai yang cakap di sini kekurangan jururawat dan pegawai perubatan, di dalam realiti bakat tempatan di Singapura mengadu alami kesukaran mencari pekerjaan di negaranya sendiri.

Malah, di dalam tangkap layar, seorang netizen mendakwa kerajaan Singapura sendiri telah merekruit jumlah tenaga kerja yang besar dari Malaysia dan diberikan gaji yang lumayan bersama elaun sewa rumah sementara warga tempatan menerima tempias dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang diimpikan di negara sendiri.

Perkara ini menjadi bualan sensasi di platform Threads yang mana warga Singapura mula menceritakan realiti yang dihadapi selepas kebanjiran bakat dari negara Malaysia sehingga menjejaskan pasaran pekerjaan di negara berkenaan.

Seorang wanita mendakwa anak perempuannya yang mempunyai GPA yang cemerlang dan merit cuba memohon ijazah dalam bidang Radiologi di SIT (Singapore Institute of Technology), tapi malangnya permohonan dia ditolak sebab tempat dah penuh (melebihi had).

Yang lagi mengecewakan, senior-senior yang dah pun tamat pengajian pun masih menganggur. Kalau ada yang dapat kerja pun, mereka cuma ditawarkan kontrak 6 bulan di bawah sektor kesihatan dengan gaji kurang daripada $2,200.

Seorang lagi, berkongsi kisah rakannya yang merupakan graduan Singapura yang memiliki diploma dalam kejururawatan telah ditolak permohonan untuk kerja di semua hospital tempatan. Dakwanya, ini satu bukti yang jelas kerajaan lebihn mengutamakan bakat asing berbanding warga tempatan sendiri.

Seorang netizen langsung membahaskan bagaimana yang dia sudah berkecimpung lebih 15 tahun dalam sektor kesihatan percaya pekerja asing ini tidak dapat memberikan kualiti kerja yang sama seperti orang tempatan.

Kalau adapun jumlah yang kecil sahaja, kebanyakannya datang ke sini sekadar untuk mencari duit sahaja, bukannya ada rasa ikhlas dalam melakukan pekerjaan mereka.

Oleh hal yang demikian, warga Singapura meminta kerajaan Singapura untuk melihat perkara ini dengan serius kerana bakat tempatan didapati seperti dipinggirkan untuk mencari makan di negara sendiri.