Perlawanan keempat Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Shan United [29 Januari 2026, 5:30 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan kelab gergasi Malaysia iaitu JDT di Iskandar Puteri pada petang ini.

Perlawanan Keempat JDT Di ACC Piala Shopee 2025/26

JDT lawan Shan United
Sepak mula: 5:30 petang, 29 Januari 2026 (Khamis)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) & Astro GO

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.

Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

Info Siaran Langsung Piala Shopee 2025/26 JDT vs Shan United
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Beraksi di laman sendiri, JDT bakal turun dengan misi memburu tiga mata penuh selepas rekod cemerlang dalam Piala Shopee 2025/26 sedikit tercalar selepas hanya mampu seri 2-2 ketika kunjungan ke Kemboja bertemu PKR Svay Rieng pada Disember lalu.

Xisco Munoz pastinya tidak akan melakukan ‘kesilapan’ sama seperti bertemu PKR dimana ketika itu beliau merehatkan sebahagian besar pemain utama.

JDT
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Tambahan pula skuad Harimau Selatan itu sudah mendapat semula khidmat trio yang sebelum ini digantung ekoran isu dokumen pemain warisan.

Malah, Shan United juga turun dengan rekod tiga kekalahan berturut-turut dialami dalam saingan ini selepas tewas 0-3 di tangan PKR Svay Rieng dan Nam Dinh serta 2-3 ketika bertemu Lion City Sailors.