UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport, serta pemasangan bateri hibrid tempatan di Bukit Raja.

Vios HEV dikuasakan oleh Sistem Elektrik Hibrid Toyota, yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter dengan penjana motor elektrik serta bateri litium-ion kompak.

Toyota Lancar Dua Varian Vios HEV, Harga Bermula RM103,900
Sumber Gambar: Toyota Malaysia

Motor elektrik tersebut menghasilkan 80 PS dan tork 141 Nm. Sistem ini menghasilkan output gabungan sebanyak 111 PS dengan penggunaan bahan api gabungan NEDC sebanyak 3.6L/100km.

Sistem hibrid pengecasan sendiri ini membolehkan pemanduan elektrik berkelajuan rendah dalam kesesakan lalu lintas dan menggunakan brek regeneratif untuk mengecas semula bateri secara automatik.

Bahagian dalam kabin kini dilengkapi dengan sistem Paparan Audio 10.1-inci dan Paparan Pelbagai Maklumat (MID) 7-inci. Pemanduan pada waktu malam lebih menyerlah dengan adanya lampu ambien.

Toyota Lancar Dua Varian Vios HEV, Harga Bermula RM103,900
Sumber Gambar: Toyota Malaysia

Bagi pemandu yang inginkan pengalaman pemanduan yang lebih ‘sporty’, Toyota menawarkan varian Vios HEV GR Sport. Ia menggabungkan kecekapan hibrid dengan penambahbaikan yang diinspirasikan oleh Gazoo Racing.

Bahagian luaran dilengkapi Aerokit GR-S; bampar hadapan & belakang, skirt sisi, serta difuser.

Para jurutera telah menala coil spring dan absorber untuk memberikan rasa yang lebih ‘sporty‘ dan pengendalian yang lebih tajam.

Toyota Lancar Dua Varian Vios HEV, Harga Bermula RM103,900
Sumber Gambar: Toyota Malaysia

Toyota Vios HEV emperoleh penarafan keselamatan maksimum 5-bintang ASEAN NCAP.

Dengan Toyota Safety Sense, model ini memiliki Pre-Collision System, Lane Keep Control, Adaptive Cruise Control, Blind Spot Monitor dan Auto High Beam.

Model ini juga memiliki 3D Panoramic View Monitor untuk membantu pemandu melihat sekeliling luar kenderaan.

Vios HEV ditawarkan pada harga bermula daripada RM103,900, manakala Vios HEV GR Sport bermula daripada RM109,900 untuk Semenanjung Malaysia.