Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Sungai Petani telah menyita sebuah Volkswagen Golf dalam Ops Harian yang dijalankan pada 30 Januari 2026 di KM8 Jalan Sungai Petani–Kuala Ketil.

Kenderaan itu disita selepas didapati lesen kenderaan motor (LKM) dan perlindungan insurans telah tamat tempoh selama dua tahun.

Baca Juga:

'Kalau Takut, Jangan Ikut' – Volkswagen Golf Dua Tahun Tiada Insurans Disita JPJ Kedah
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kedah

“Pemandu dan pemilik kenderaan masing-masing dikenakan tindakan saman serta notis sita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

JPJ menegaskan pematuhan LKM dan insurans adalah wajib demi keselamatan pengguna jalan raya,” petik kenyataan JPJ Negeri Kedah.