Dalam siri francais Transformers, Bumblebee adalah model kereta Chevrolet Camaro yang merupakan salah seorang leftenan paling dipercayai oleh Optimus Prime.

Baru-baru ini anggota penguatkuasa JPJ Negeri Kedah dalam Ops Luxury yang dijalankan di Jalan Alor Setar-Kangar telah menyita sebuah ‘Bumblebee‘.

Baca Juga:

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan saman telah dikeluarkan dan kenderaan berkenaan turut dibawa ke Depoh Sita JPJ Negeri Kedah bagi siasatan lanjut.

JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang, tanpa mengira jenis atau nilai kenderaan,” petik satu kenyataannya.